Seorang bapa sepatutnya menjadi pendidik dan juga pelindung anak mereka. Tapi, lain pula yang diperlakukan lelaki ini selepas bukan sahaja menculik malah menjadikan bayinya yang berusia satu tahun sebagai human shield bagi mengelak diberkas pihak berkuasa.
Portal Metro UK melaporkan, suspek, Brandon Matthew Douglas Leohner, 27, didakwa telah menculik anaknya sendiri yang berusia satu tahun daripada rumah ibu kandung kanak-kanak itu sebelum memandu secara berbahaya dengan meletakkan bayi itu di pahanya.
Suspek bagaimanapun berjaya dikepung polis di pandu lalu sebuah restoran makanan segera dimana Leohner keluar daripada keretanya sambil mendukung anaknya.
Ketika dikepung, polis yang bersenjatakan taser mengarahkan suspek meletakkan bayinya ke tanah namun suspek enggan malah, menggunakan bayi terbabit sebagai human shield.
Walau bagaimanapun, polis berjaya memberkas suspek selepas dia diserang anjing polis yang menyebabkannya jatuh ke tanah.
Bayinya yang terjatuh juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan namun kelihatan terpinga-pinga sambil menangis memanggil bapanya.
Kejadian terbabit turut disaksikan beberapa pemandu lain yang sedang beratur di pandu lalu tersebut. Leohner kini sedang menunggu perbicaraan tanpa jaminan manakala, anaknya pula sudah selamat disatukan semula dengan ibunya.
Sumber: Metro UK