in

Sepanyol & Portugal Alami Gangguan Bekalan Elektrik Teruk, Tren & Liputan Telefon Terhenti

bekalan elektrik spain portugal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah macam filem Hollywood tema apokalips! Tapi ini benar-benar berlaku ya korang! 

Sejak malam tadi, dilaporkan bekalan elektrik di seluruh Sepanyol dan Portugal terputus menyebabkan perkhidmatan tren terhenti, jalan raya menjadi sesak dan orang ramai dilaporkan terperangkap di dalam lif.


Walau bagaimanapun, mujurlah bekalan elektrik dikatakan mulai pulih secara berperingkat selepas beberapa jam gangguan itu berlaku, pada penghujung hari Isnin semalam.

Akibat daripada kejadian itu, rata-rata masyarakat keliru dan kerajaan Sepanyol juga difahamkan pada masa yang sama sedang mengenal pasti punca gangguan yang dikatakan berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.

Selain mengalami gangguan perkhidmatan tren dan lampu isyarat, liputan telefon juga dikatakan terganggu dan mereka yang terkandas tidak dapat menghubungi keluarga dan tidak dapat ke tempat kerja.

Manakala di Madrid dan beberapa kawasan lain, orang ramai dilihat bergegas ke bank untuk mengeluarkan wang tunai dan kawasan jalanan juga dipenuhi orang ramai yang cuba mendapatkan ‘line’ telefon.

Artikel berkaitan: Lewat Hantar Bantuan Hingga 200 Orang Terkorban Akibat Banjir, Raja Sepanyol Dilempar Telur & Lumpur

Artikel berkaitan: 2 Pelancong China Maut Kereta Dihempap Pokok & Runtuhan Bangunan Selepas Ribut Di Pulau Pinang

Dilarang guna jalan raya, perkhidmatan tren dihentikan di seluruh negara 

Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara yang terkesan menggesa pemandu untuk tidak menggunakan jalan raya kerana lampu isyarat tidak berfungsi, kenderaan bergerak perlahan atau berhenti sepenuhnya sementara polis cuba mengawal lalulintas.

Perkhidmatan tren di Sepanyol juga difahamkan dihentikan buat seluruh negara.

Manakala loji janakuasa nuklear Sepanyol turut dihentikan secara automatik sebagai langkah keselamatan dan dikuasakan oleh penjana diesel bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat, menurut Majlis Keselamatan Nuklear Sepanyol (CSN).

Selain itu, Suruhanjaya Eropah (EU) juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan Portugal susulan gangguan elektrik terbesar ini yang menyebabkan Semenanjung Iberia terputus bekalan elektrik.

Suruhanjaya sedang berhubung dengan pihak berkuasa kebangsaan Sepanyol dan Portugal… untuk memahami punca asas serta kesan situasi ini,” kata seorang jurucakap di Brussels.

Dalam perkembangan terbaru, Sepanyol telah mengisytiharkan darurat bagi negara itu dan difahamkan masalah ini bakal berlanjutan dalam tempoh seminggu.

Walau bagaimanapun, 90% daripada bekalan elektrik difahamkan telah berjaya dipulihkan menjelang hari Selasa dan Lisbon, Portugal juga dikatakan sudah mula ‘bercahaya’.

Fuh kalau tengok video-video ni terasa macam tengok filem Hollywood ooo… Risau pulak kalau jadi kat Malaysia macam ni. 

Sumber: Berita Harian, BBC, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.