Seorang wanita warga Jepun yang juga seorang suri rumah dilaporkan maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada pagi Jumaat semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 50-an ditemukan meniarap di atas tanah dalam keadaan telah meninggal dunia.
Mangsa terjatuh dari tingkat empat dari bangunan kondo tersebut.
Difahamkan, mangsa telah 14 tahun menetap di Malaysia.

Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu
Artikel Berkaitan: Motosikal Bergesel Dengan Kereta, Wanita Ma*t Tercampak Dari ‘Flyover’ DASH
Tiada sebarang kecederaan daripada perlakuan jenayah ditemui pada badan mangsa dan kawasan kejadian ketika siasatan awal yang dilakukan oleh pihak polis.
Menurut Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat iaitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, kes berkenaan disiasat sebagai kes kematian mengejut.

Sumber: Sinar Harian