Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) dilaporkan maut selepas terjatuh ke kawasan landasan LRT di stesen Titiwangsa pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Rapid KL menerusi Instagram, pihak mereka mengesahkan tentang kejadian tersebut.
Menurut laporan New Straits Times, individu tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang merupakan OKU buta.
Mangsa dipercayai terjatuh ke landasan LRT kerana mangsa hilang keseimbangan badan sebelum dilanggar oleh tren kerana keberadaan mangsa di landasan selepas terjatuh tersebut tidak disedari oleh pengendali tren.
Artikel Berkaitan: Lelaki Jadi Punca LRT Tergendala 3 Minit, Turun Landasan Ambil ‘Earphone’ Jatuh
Artikel Berkaitan: “Sila hubungi kami” – Kecoh! Penumpang Tertinggal Gigi Palsu Dalam Tren, RapidKL Minta Pemilik Datang Ambil
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Susulan kejadian tersebut, pihak operasi Rapid KL telah menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen berkenaan untuk memberi laluan kepada pihak polis, bomba dan ambulans untuk kerja-kerja menyelamat.

Jadi, buat masa kini, tiada perkhidmatan tren LRT di stesen PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur buat sementara waktu.
Namun, perkhidmatan rel alternatif dan perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan untuk membantu penumpang yang terjejas sampai ke destinasi masing-masing.
Siasatan lanjut mengenai kejadian ini akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Sumber: New Straits Times