in

“Seorang lagi dalam baju” – Ibu Tunggal Bawa 3 Anak Naik Motosikal Balik Beraya Raih Simpati Pasangan Ini

Ibu Tunggal Bawa 3 Anak Balik Beraya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ramai merasakan hidup mereka susah, hakikatnya masih ada lagi keluarga yang melalui cabaran lebih getir.

Bayangkan seorang ibu bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan beratus kilometer dalam cuaca panas dengan hanya menunggang motosikal.


Kisah meruntun hati tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram yang kebetulan terserempak dengan empat beranak di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam pada Khamis lalu.

Artikel berkaitan: Tak Cukup Bajet Sewa Ambulans, Lelaki Bawa Balik Jenazah Bayinya Baru Lahir Sejauh 70 KM Naik Motor

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama @anisafiqahmohdisa, dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke rumah mereka di Ampang.


Ternampak ada seorang anak dalam baju

Menceritakan pengalamannya menerusi sumber Harian Metro, suami pada awalnya mahu memberikan duit raya kepada dua orang anak wanita terbabit ketika dia sedang mengisi minyak.

Namun ketika mendekati mereka, suaminya mendapati ada seorang lagi anak dalam baju sejuk wanita itu.

Kasihan melihat situasi wanita terbabit dan anak-anaknya, mereka meminta kebenaran untuk menumpangkan anak-anak wanita tersebut sehingga sampai ke destinasi.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang ibu tunggal dan dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan ke rumahnya di Damansara Damai, Sungai Buloh.

“Pada mulanya kakak itu tidak mahu menerima pelawaan kami yang mahu tumpangkan anaknya, tetapi selepas dipujuk dia akhirnya bersetuju tiga anak naik kereta kami,” katanya.

Tambahnya lagi, wanita berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di kampung halaman.

Bercerita lanjut, wanita itu terpaksa menunggang motosikal yang menjadi satu-satunya kenderaan mereka kerana mahu tiga anaknya merasai suasana Aidilfitri.

“Ia sangat membuatkan kami sebak kerana kita rasa tidak selamat untuk empat beranak itu menunggang motosikal di lebuh raya tetapi kakak itu mementingkan keselamatan anak apabila dua anaknya juga dipakaikan topi keledar,” katanya.

Perkongsian video itu turut meraih simpati dan pujian netizen atas tindakan mereka. Selain itu, ada juga yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.