Seorang guru yang berusia 46 tahun yang dikenali sebagai Hamdan Hamzah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas dia tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya pada waktu pagi untuk ke tempat kerja.
Memetik laporan Buletin TV3, guru lelaki tersebut pada mulanya keluar dari rumah untuk ke tempat kerja pada waktu pagi Isnin lalu dengan menunggang motosikal.
Walau bagaimanapun, dia yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jementah, Johor masih tidak pulang ke rumah sehingga kini (setakat ketika artikel ini ditulis).
Artikel berkaitan: Remaja Hilang Seminggu Ditemui Selamat Dalam Rumah Wanita Tua Bertongkat Di Kaki Gunung Lambak
Artikel berkaitan: Suami Lapor Polis Isteri Hilang, Rupanya Ditemui Maut Dengan Kekasih Gelap Dalam Kereta
Pihak polis telah menerima laporan yang dibuat oleh ahli keluarga cikgu tersebut yang membuat laporan setelah kehilangannya disedari oleh mereka.
Difahamkan, cikgu Hamdan kali terakhir dilihat menunggang motosikal Yamaha Ego.
Ketika ini, usaha mencari cikgu terbabit sedang giat dilakukan oleh pihak polis.
Sama-sama kita doakan agar mangsa dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat yang mungkin.
Sumber: Buletin TV3