Sedar tak sedar, dah nak masuk dua tahun sejak arwah Abam Bocey meninggalkan kita semua. Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan telah meninggal dunia sejak 10 Febuari 2020 akibat demam panas.
Dikenali sebagai ahli kumpulan Bocey di pentas Maharaja Lawak Mega, pemergian Abam meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi buat peminat komedi tanah air.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular seorang pemuda yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan arwah Abam, sekaligus membuat ramai peminat mula merindui pelawak tersebut.
Klip berdurasi 14 saat itu melihatkan seorang pemuda berbaju merah sedang melakukan tugasnya di sebuah kedai makan bertempat di Taman Pahlawan Sungai Udang, Melaka.
Namun, rupa paras serta tingkah laku lelaki tersebut boleh dikatakan saling tak tumpah macam arwah Abam Bocey. Malah, persamaan itu lebih ketara apabila lelaki itu tersenyum sambil mengelap meja.
Klip tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok bernama Dak Opy, di mana dia turut menyatakan bahawa lelaki itu turut mempunyai suara seakan-akan Abam. Cuba korang dengar, sama ke tak agak-agak?
“Ambil lah dia jadi pengganti” – Netizen
Setakat ini, perkongsian tersebut menerima lebih sejuta jumlah tontonan di Tiktok, di mana rata-rata netizen meluahkan rasa rindu mereka terhadap pelawak yang telah meninggal dunia itu. Semoga dengan adanya abang ni, terubatlah sikit rindu peminat semua…
Ramai juga yang meminta agar lelaki ini dipertemukan dengan ahli kumpulan Bocey yang lain, Fad dan Achey. Ada juga yang minta supaya kumpulan Bocey diadakan semula.
Korang pula rasa macam mana? Sama tak muka dia dengan Abam?
Baca: “Ronaldo patuh syariah ni” – [VIDEO] Netizen ‘Impressed’ Lihat ‘Kembar’ Ronaldo Jadi Bilal Masjid