in

“Sentiasa jaga hati anak-anak” – Dr Zul Nasihat Jangan Buka Aib Pasangan, Terutama Selepas Berpisah

syaz ft 2024 10 08T101143.781

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam topik perceraian menjadi antara topik yang paling banyak dibualkan di media sosial.

Perkara ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Agama dan Mufti, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau memberikan beberapa nasihat menerusi laman media sosial miliknya.


Ia termasuklah pesanan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Artikel berkaitan: “Nabi suka makan ni” –  Dr Zulkifli Saran Makan Kurma ‘Butter’, DR1 Share Perjelas Dalam Konteks Kesihatan

Artikel berkaitan: Terharu! Sahabat Sanggup Percepatkan Tarikh Nikah Anak Demi Ingin Dr Zulkifli Al-Bakri Hadiri

Beliau berkata, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

Tidak menuding jari kepada mana-mana individu, Dr Zul berkata setelah berlaku perpisahan, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.

“Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan. Namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat.

Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.

Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Zul mengingatkan semua pihak yang berdepan konflik untuk sentiasa menjadi individu yang mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.

Menurutnya, perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran daripada kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.