Seorang ibu telah disoal siasat oleh pihak polis di Ukraine selepas dia kahwinkan anak perempuannya yang juga merupakan seorang model dan Instafamous dengan teman lelakinya, seorang blogger berusia 13 tahun.
Influencer kanak-kanak Mila Maxanets dan Pavel Pai ini dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta selepas mendapat sokongan penuh dari kedua ibu bapa mereka.
Ibu bapa pasangan ini mengatakan yang dorang tak nampak apa-apa masalah dengan perhubungan anak-anak mereka ini dan menafikan yang dorang cuba kaut keuntungan atas populariti mereka.
Untuk pengetahuan korang, Mila mempunyai lebih 500k followers di Instagram manakala Pavel pula mempunyai lebih dari 50,000 pengikut.
https://www.instagram.com/p/CJ-pou8LhV2/
Menurut news.com.au, orang ramai di Ukraine telah menyatakan rasa tak puas hati mereka ke atas tindakan ibu bapa pasangan cilik ini kerana membiarkan anak-anak mereka untuk tinggal bersama, memuat naik gambar provokatif termasuk gambar terbaru mereka sertai cabaran merantai tangan selama 24 jam.
https://www.instagram.com/p/CMXe_MfDeCa/
Tak cukup dengan itu, pengumuman perkahwinan mereka juga telah membuatkan ramai ibu bapa dekat sana tak senang duduk kerana risau dengan pengaruh yang akan diberikan ke atas anak-anak mereka dan meminta agar pihak berkuasa block akaun pasangan ini.
Ekoran ini, pihak polis telah pun membuka kertas siasatan ke atas ibu Mila atas dakwaan penyebaran pornografi kanak-kanak. Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh didenda, ditahan di rumah atau diberikan hukuman penjara.
Manakala bapa Mila yang telah pun bercerai dengan ibunya turut memberikan kenyataan kecewa dengan tindakan bekas isterinya serta mendakwa wanita itu sengaja menggunakan anak mereka untuk mengaut keuntungan.