Di sebalik kemasyuran artis-artis dalam dan luar negara, mereka juga adalah manusia biasa dan bila mendengar nama mereka yang gah dan glamor, sebenarnya ada yang menyembunyikan nama sebenar mereka.
Mungkin ada yang tahu dan mungkin tidak, ada antara mereka mempunyai sebab dan kisah tersendiri kenapa mereka menggunakan nama panggilan tersebut sebagai stage name dan ada pula yang tidak diketahui sebabnya.
Jadi di sini min nak senaraikan senarai nama artis yang korang kenal dari dalam mahupun luar negara yang nama asalnya adalah berlainan.
Artikel berkaitan : 7 Penyanyi Yang Tak Suka Dengan Lagu Sendiri Walaupun Lagu Hit Teruk!
Artikel berkaitan : 5 Pelakon Yang Menyampah Dengan Watak Lakonannya Sendiri Walaupun Movie Hit!
1. Abby Abadi
Nama penuh untuk pelakon dan penyanyi ini adalah Arbaiyah binti Abdul Manan, Abby memulakan penglibatannya sebagai seorang penyanyi sejak berumur 15 tahun dengan menganggotai kumpulan Alpha sebelum ia dibubarkan dan beralih kepada kumpulan Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan 90-an.
2. Misha Omar
Penyanyi asal Machang, Kelantan yang terkenal dengan lagu Sampai Bila ini sebenarnya tidak menggunakan nama sebenar. Namanya adalah Samihah @ Aishah Omar. Mula terlibat dalam industri muzik tanah air selepas menyertai Bintang RTM 2001 dan mula dikenali menerusi lagu Bunga-bunga Cinta.
3. Bront Palarae
Nama penuh bagi pelakon kacak yang menjadi dambaan wanita di luar sana ini sebenarnya ialah Nasrul Suhaimin bin Saifuddin, nama ‘Palarae’ itu pula diambil sempena nama keluarga (surname) ibunya dan ia dijadikan sebagai stage name.
4. Wak Doyok
Nama sebenar buat usahawan dan personaliti fesyen Wak Doyok ini adalah Mohd Azwan Md Nor. Wak Doyok yang berasal dari Selangor ini terkenal dengan fesyennya serta penampilan berjanggut dan memiliki misai yang unik.
Asal usul nama Wak Doyok ini bermula daripada panggilan sapaan daripada rakan-rakannya :
“Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil filem Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok.”
5. Lady Gaga
Mungkin ada yang tak terfikir, Stefani Joanne Angelina Germanotta ini adalah nama sebenar Lady Gaga. Nama Lady Gaga mula dikomersialkan apabila produser muziknya, Robert Fusari, memberitahu yang dia mengingatkannya tentang lagu terkenal daripada kumpulan Queen iaitu “Radio Ga Ga.”
6. P!nk
Alecia Beth Moore Hart menerusi sumber menyatakan bahawa dia memperkenalkan dirinya sebagai P!nk adalah kerana ada beberapa faktor, namun antara yang paling utama adalah watak Mr. Pink yang dilakonkan oleh Steve Buscemi dalam ‘Reservoir Dogs’
“Saya sebenarnya terserempak dengan Steve Buscemi di jalan di New York sebelum album pertama saya keluar. Saya memakai cermin mata hitam ala Elton John yang besar, rambut merah jambu dan membawa mainan Pink Panther.”
“Saya pergi ke arahnya dan cakap ‘Steve! Encik Pink! Saya Pink! Kerana awak! Saya akan ada album dan awak akan tahu siapa saya.’ Dan dia seperti, ‘Kau dah kenapa?’ sebelum melarikan diri dari saya. Sejak itu,saya tidak pernah berjumpa dengannya. Dia takut dengan saya. Maaf Steve!”
Lagi salah satu penyebab, min rasa tak yah cerita lah, boleh rujuk sumber dibawah sebab ia agak tak appropriate cerita dekat sini.
7. Cardi B
Dalam satu program temubual, Belcalis Marlenis Cephus ada menjelaskan bagaimana nama Cardi B itu muncul, katanya nama itu adalah sempena nama salah satu jenis alkohol, Bacardi.
“Nama adik saya ialah Hennessy, jadi semua orang gelarkan ‘Bacardi’ kepada saya. Kemudian saya memendekkannya kepada Cardi B. ‘B’ bermaksud apa sahaja, bergantung pada hari…cantik (beautiful) atau pembuli (bully) tiada siapa yang memanggil saya Belcalis kecuali keluarga saya, ibu saya, dan ayah saya.”
Ramai sahaja lagi yang tidak menggunakan nama asal misalnya, The Weekend (Abel Makkonen Tesfaye), Sza (Solána Imani Rowe), Akon (Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam).
Ramai jugak yang guna nama glamor ni tapi ini antara yang ada kisah unik di sebalik nama mereka.
Sumber : goodhousekeeping.com, iol.co.za, The Mirror