Tak dapat nak nafikan, bila zaman makin maju, ramai yang mula ambil kesempatan dan aktiviti scamming ni dah banyak berlaku.
Tak cukup dengan cara masuk dalam group Telegram ataupun melalui panggilan telefon, kini scammer telah mula menggunakan wajah anak orang lain sebagai cara penipuan mereka.
Seperti yang dikongsikan menerusi tweet milik seorang pengguna Twitter @phena29, dia memaklumkan bahawa dirinya telah diblock oleh salah satu pengguna Twitter yang lain.
https://twitter.com/phena29/status/1480196691735179266?t=QXwIWD1IPVb8Bo1JoS-G1w&s=19
Ternyata, pengguna akaun @aaashhhhhhh_ merupakan seorang scammer yang menggunakan wajah anak kawan kepada pengguna yang dikenali sebagai Nursyarafina itu.
“Kau block aku eh ? Senang2 curi gambar anak orang buat minta bantuan. Dasar scammer talam 20 muka. Mohon sapa yang baca ni tolong retweet and viralkan takut ramai tertipu dengan perempuan ni. Terima kasih” – Kapsyen
Dia turut memberitahu di bahagian thread tweet miliknya bahawa anak kepada kawannya itu masih sihat dan tidak memerlukan sebarang bantuan seperti yang diperkatakan oleh scammer tersebut.
Ibu kandung dah buat laporan polis
Dianggap sebagai cara yang agak melampau, ibu kandung kepada bayi itu segera membuat laporan polis selepas scammer itu siap kongsikan ‘bukti’ kononnya memerlukan bantuan selepas turut terjejas disebabkan banjir.
https://twitter.com/phena29/status/1480203506627670018
Tidak mahu lebih ramai yang tertipu, wanita ini meminta untuk semua berhati-hati dengan taktik kotor yang digunakan oleh scammer sekarang ini. Malah, dia juga memberitahu jangan sesuka hati terus untuk bank-in ke dalam nombor akaun yang dikongsikan.
Hati-hati yang semua. Sebab tu, zaman sekarang penting untuk betul-betul tahu mana satu yang sahih dan yang bukan. Semoga kita semua tak terjebak dengan penipuan scammer ni…


