Semalam ada satu isu viral dekat media sosial pasal seorang artis ni didakwa ciplak produk snek tempatan untuk buat bisnes dan guna nama sendiri.
Apa yang menjadi isunya adalah, artis tersebut menggunakan packaging yang seakan-akan sama dan meletakkan satu jenama ini di bahagian packaging produk ikan bilis yang diusahakan tu dan mendakwa produk itu adalah miliknya.
Artis ni senang lenang ckp tu product dia. Yg bestnya without permission pulak tu.”
Namun begitu, Amir tampil menjelaskan bahawa produk itu sebenarnya bukan miliknya, jenama Crunch Krup itu sebenarnya milik rakannya yang telah diusahakan sejak sekian lama.
Lebih teruk lagi, artis tersebut tidak mendapatkan sebarang keizinan daripada pengusaha asal. Produk snek yang berasaskan ikan bilis itu dikatakan sudah lama beroperasi, sebelum artis tersebut melancarkannya pada bulan Jun lepas.
“Assalamuallaikum. Aku nak bagitau. Kawan aku adalah pengusaha product sendiri yg berasaskan dari ikan bilis which is snek bilis crunch krup. Dah lama dah. Tapi artis ni senang lenang ckp tu product dia. Yg bestnya without permission pulak tu.”
Disebabkan itu, Amir mendedahkan identiti pengusaha asal produk tersebut, ini kerana pengusaha asal dikatakan tidak menerima sebarang perbincangan daripada pihak artis yang merupakan seorang pelawak tu.
Identiti & produk yang sebenar
Dia tak minta apa-apa pun terus claim produk dia – Pengusaha asal
Perkongsian yang meraih lebih daripada 1,600 jumlah perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada pihak artis tersebut.
Anak kepada artis itu sendiri, Abon menjelaskan bahawa tajuk dari keratan akhbar itu sebenarnya telah membuatkan pihak pengusaha ini salah anggap dan menjelaskan tentang perkara sebenar.
Pihak crunch krups memiliki nombor telefon abon dan sepatutnya berhubung terus – Anak Abon
Disebabkan penjelasan tersebut, netizen anggap ia hanyalah stategi pemasaran murahan kerana ada netizen berkongsikan gambar Abon dan pengusaha itu bersama.
Hurm, mungkin ada sedikit salah faham yang terjadi dekat sini, harap kedua-dua pihak dapat berbincang dengan baik.