Selain jogging dan zumba, tahukah anda ada banyak lagi jenis senaman lain? Antaranya, HIIT training, CrossFit dan Pilates. Pilih je mana-mana senaman yang sesuai dengan keupayaan korang.
Namun, di China kini sedang trending pula senaman merangkak seperti buaya!
Menurut UNILAD, senaman yang dikenali sebagai Crocodile Crawl itu difahamkan telah dipopularkan oleh exercise group di sebuah gunung di Timur China.
Kumpulan senaman itu dikatakan telah mempunyai 1000 orang ahli dan mereka akan bersenam dengan cara merangkak seperti buaya.
Ahli tertua dalam kumpulan itu yang berusia 70 tahun mendakwa senaman itu boleh melegakan sakit belakang.
Mereka juga mempunyai jurulatih yang dikenali sebagai Li Wei yang mengatakan bahawa dia sendiri telah merasai sendiri keberkesanan senaman berkenaan.
Ini kerana dia yang mengalami sakit herniated disc mengatakan sakitnya mula berkurangan selepas lapan bulan membuat senaman itu.
Selain itu, senaman ini juga boleh mengurangkan stress, sekali gus membantu anda untuk hidup lebih lama.
Namun, senaman seumpama ini bukanlah sesuatu yang asing sebab sebelum ini, pernah tular juga senaman gantung leher di China kerana ia juga didakwa boleh merawat sakit belakang mereka.
Sumber: UNILAD
Baca: Nak ‘Six-Pack’ Tapi Malas Pergi Gym? Sut Badan Berotot Kan Ada!