in

“Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk

Ikan Busuk Peniaga Tak Jujur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memilih bahan mentah yang segar amat penting kerana ia menjaminkan kelazatan masakan dan mengelakkan tubuh daripada terkena sebarang penyakit berbahaya seperti keracunan makanan.

Jadinya, pemilihan bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan perlu dilakukan dengan betul dan teliti untuk mengelakkan hal buruk terjadi.


Namun, amat dikesali apabila kita sudah berusaha pilih yang segar tetapi dapat pula yang sebaliknya akibat sikap tidak jujur peniaga.

Artikel berkaitan: Wanita ‘Hilang’ Dua Belah Kaki & Tangan Lepas Makan Ikan Tilapia Separuh Masak

Situasi inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang mahu menikmati makanan laut terbantut apabila mendakwa ikan kembung yang dibelinya sudah busuk dari sebuah pasar raya.

Menurut wanita itu di TikTok, dia mendakwa kejadian berlaku ketika berkunjung ke sebuah kedai dekat pasar di Johor.

@nayyarozali

Silapnya aku tak ingat kedai yg mana satu sebab ak beli ikan lain2 tempat..jadi utk korg yg biasa pegi situ klu pilih ikan n bagi dia timbang tolong tengok betul2..klu korg tgk2 ikan lain mmg dia tukar plastik lain..silap aku semalam xterpikir nak kena scam mcm tu..untuk abang yg jual ikan dlm kipmall masai yg tahu dia mmg da lama buat keja ni xpe kat dunia kau lepas akhirat tahulah nasib kau..rm7/kg tu duit.. sekor pon xbole nak makan sb dah busuk..Allah tu tak tido ye..INGAT DUNIA AKHIRAT aku tak halalkan..banyak kali pegi ni 1st time kena..video ni khas utk si penipu ye, aku tak pukul rata..so korang hati2

♬ original sound – NayyaRozali🇲🇾🌸👨‍👩‍👧 – Nayya Rozali

Katanya, semua ikan yang dipamerkan kelihatan segar dan dia memilih beberapa ekor ikan untuk dibelinya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka ikan yang dipamerkan itu hanya sekadar ‘gimik’ apabila dia mendapati ikan yang dibelinya sudah busuk dan tidak segar seperti di pasar selepas pulang ke rumah.

“Saya baru terkena, ikan yang dia (peniaga) letak atas meja depan mata nampak fresh, tapi yang dibungkus bagi dekat kita dah tak elok. Macam ni cara dia buat rupanya.

“Ikan yang kita pilih tu dia akan cedok depan kita. Tapi dekat belakang, dekat tempat yang dia kira-kira duit tu, ada lagi satu bungkusan ikan yang dah tak elok.

“Kalau kita lalai dan tak perasan, dia akan tukar bagi bungkusan ikan yang busuk tu dekat kita. Bila saya dah balik rumah, baru perasan ikan dalam tu semua dah busuk dan berbau,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengguna laman X memberitahu taktik sebegitu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Kena berhati-hatilah nak pilih bahan mentah lepas ni, pastikan double check sebelum selesai urusan membeli.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.