“Semuanya bermula dari sebuah suapan darinya…”
Kaum lelaki adalah sinonim dengan sifat maskulin. Biasanya mereka pantang apabila kelelakian mereka dicabar. Namun, lain pula yang jadi pada lelaki ini.
Akibat terlalu sayang teman wanita, biarkan dia lakukan apa saja sampailah ia menjadi melarat.
Lelaki bingung, dilayan seperti bayi oleh teman wanita
Berkeras untuk mandikan dan menyuapnya makan sambil berkata ‘ibu sayang kamu’. Lelaki ini sedar tabiat teman wanita tak normal selepas dia memujuknya untuk memakai pakai pampers.
“Ia bermula dengan perkara kecil yang pada awalnya tak nampak pelik langsung?”
Berkongsi kisahnya di reddit menggunakan akaun palsu, lelaki ini menceritakan pada awalnya wanita itu berkeras untuk menyuapnya makan sambil ‘menghiburkan’ sebagaimana seorang ibu menyuapkan anak kecil.
Dia akan membuat bunyi seperti keretapi dan kapal terbang, sama seperti cara hiburkan bayi untuk makan.”
Berbekalkan kasih sayang, lelaki ini membiarkan sahaja. Namun semakin lama dibiarkan, hal ini menjadi melarat.
Pagi-pagi dia akan pakaikan saya baju sambil berdiri di tepi katil. Mandikan saya. Jujurnya saya suka kerana berasa seperti raja dilayan seperti ini pada awalnya.”
Tak cukup dengan itu, wanita tersebut membelikan lelaki ini mainan untuk dimain semasa mandi namun lelaki berkenaan tak kisah, katanya ,” Saya suka melihat dia gembira.”
Sampailah berbulan, perkara ini terus melarat dan dia tak tahu bagaimana untuk hentikan tabiat pelik wanita itu.
Sambil mengusap rambut saya, dia akan pandang tepat ke mata dan berkata ‘ibu sayang kamu’.”
Wanita berkenaan turut menggunakan botol susu (berputing) untuk mengisi minuman biasa teman lelakinya itu. Tapi taklah parah sangat kan? Masih boleh minum.
Sekarang, dia belikan saya PAMPERS.”
Ni parah. Tersedar dari lamunan, lelaki ini terus ketakutan melihat pampers dewasa yang teman wanitanya belikan untuknya pakai.
Menurut dailystar, hubungan mereka sudah 2 tahun. Adakah ia akan bertahan?
Apa pendapat korang?
Baca : Sudah Menginjak Dewasa Namun Gadis Ni Belum Boleh Move On Dengan Botol Susunya