Kemelut rumah tangga ahli perniagaan dan influencer, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Ia gara-gara dakwaan segelintir individu yang menuduh isteri kedua Abang Tesla, Nursyafiqa Mohd Hanafi dikatakan ingin membolot harta setelah melahirkan anak pertama pempengaruh tersebut.
Artikel berkaitan: “Jangan nak terpaling suami awak seorang yang jaga” – Abang Tesla ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Tak Jaga Isteri Pertama Keguguran
Artikel berkaitan: Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Ada Yang Tuduh Isteri Kedua Abang Tesla Cuba Bolot Harta?
“Jangan serang wife no. 2 sebab dia dalam pantang lagi”
Susulan kecaman yang diterima, Abang Tesla menerusi IG story memohon netizen untuk melemparkan kata-kata kesat dan kecaman itu hanya kepada dirinya sahaja dan bukan kepada kedua-dua isteri.
Menurutnya, semua yang berlaku adalah salahnya seorang dan isteri kedua pula kini sedang berpantang. Dia juga meminta netizen untuk terus memberikan kata-kata semangat buat isteri pertamanya juga.
Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betul-betul merayu untuk lemparkan kesalahan itu pada saya sahaja.
“Dan saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja janji korang tak ganggu mental mereka berdua,” tulis Abang Tesla.
Terdahulu, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina juga ada meluahkan rasa tidak puas hatinya di IG story dengan menghentam pihak yang dikatakan ingin ‘claim’ syarikat Khal Legacy yang menurutnya telah dibina bersama-sama suami sejak dari awal lagi.
View this post on Instagram
Malah Nurmajdina juga memuat naik gambar ujian kehamilannya bagi membuktikan bahawa dia tidak mandul seperti didakwa sesetengah pihak.
Kita doa yang terbaik sahaja untuk mereka.
Sumber: Instagram