Semua Pentingkan Diri! Netizen Tak Ada ‘Common Sense’ Berpusu-pusu Naik Lif, Biarkan OKU Tunggu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak faham betul dengan orang yang tak ada common sense, benda simple pun tak boleh fikir. Sebagai contoh, macam apa yang berlaku dekat sebuah stesen MRT di Bangkok ni.

Satu gambar menunjukkan sekumpulan orang awam berpusu-pusu memenuhi ruangan lif di stesen MRT Tao Poon, viral baru-baru ni. Seperti yang kita semua tahu lif tu diutamakan untuk golongan kurang upaya, wanita mengandung, orang tua dan ibu bapa yang bawa stroller anak.

Gambar hiasan

Tapi, orang awam tu semua langsung tak pedulikan benda tu dan masing-masing pentingkan diri sendiri sebab nak naik lif. Mana tidaknya, dalam gambar tu boleh nampak ada seorang lelaki berkerusi roda juga tengah tunggu lif. 

Malangnya, disebabkan lif dah penuh dengan orang lain yang sihat tu, jadi dia diabaikan dekat situ dan terpaksa tunggu lif seterusnya. Haih geram admin tengok gambar ni.

Sumber: Facebook

Gambar tu jadi viral lepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Wan Tulyada 8 Mei lepas. Menurut Coconuts, netizen di media sosial masing-masing marah dan sakit hati dengan sikap orang awam dalam gambar tu.

Yelah, semua badan sihat walafiat boleh naik tangga atau escalator tapi memilih untuk naik lif dan abaikan OKU yang lebih memerlukan tu.

Tolong jangan buat begini. Stesen MRT Tao Poon ada escalator untuk naik dan turun. Saya tak kata semua tak dibenarkan guna lif tetapi saya rasa lif sepatutnya dibiarkan untuk warga emas atau mereka yang tak boleh berjalan dengan sempurna.

Lebih teruk lagi, menurut Wan Tulyada lelaki berkerusi roda terpaksa mengundur semula ke belakang untuk beratur tunggu lif. Walhal sepatutnya, dia menjadi keutamaan dan tak payah beratur pun kan?

Setidak-tidaknya, mereka patut beri keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan untuk guna lif tersebut.”

Admin memang sakit hati tengok orang takde perasaan, takde hati perut macam ni. Pada admin mereka ni kejam sebab pentingkan diri sendiri.

Baca: ‘Transgender Boleh Guna Tandas OKU…’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!