Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah memberitahu dirinya kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah (KAKDB) yang kini berbaki lagi dua minggu.
Selain itu menurut laporan Media Hiburan, Sophia turut mengakui tidak terganggu dengan kontroversi isu ‘kaki sondol’ yang sedang menjadi bualan hangat di kalangan warganet.
“Baki tempoh penggambaran lagi satu atau dua minggu. Sekarang saya fokus di lokasi ‘shooting’,” jelasnya.
@mediahiburanofficial “Semua Orang Bersikap Profesional,” – Masih Shooting Dengan Aliff Aziz, Fokus Sophia Albarakbah Tak Terjejas Betul kata Sophia tu. Apapun yang berlaku, tanggungjawab pada kerja harus diberikan keutamaan ?? #MHnews #MediaHiburan #sophiaalbarakbah
Bercakap mengenai drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang disiarkan TV3 itu, Sophia bersyukur dengan respons positif yang diberikan oleh penonton dan peminat.
Tambah Sophia, dia berharap orang ramai dapat menyokong drama KAKDB sehingga ia tamat ditayangkan kerana kesemua kru dan para pelakon termasuk pengarah telah bekerja keras dalam penghasilan drama tersebut.
“Kami sudah melalui pelbagai perkara. Kami bekerja kuat dan sehari hanya dapat tidur selama empat sehingga lima jam. Fokus saya hanya terhadap pengambaran,” kata Sophia.
Bagaimanapun, Sophia mempunyai jawapan tersendiri apabila ditanya mengenai perkara-perkara luar yang mengganggu konsentrasinya sepanjang menjalani penggambaran.
“Saya rasa semua orang bekerja dengan profesional. Semua fokus kepada kerja, bermula dari hari pertama sehingga sekarang. Tiada orang mahu cakap mengenai perkara lain. Saya tak terganggu nak teruskan penggambaran,” katanya.
Pada masa yang sama, pihak pengurusan Sophia memaklumkan, mereka sedia memberi penjelasan mengenai kontroversi artis naungannya itu selepas pengambaran drama tersebut berakhir.
Terdahulu, Sophia didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella melalui hantaran mesej dan panggilan kepada pelakon lelaki yang berstatus suami orang itu.
Betul la orang kata nak jadi pelakon ni kena bersikap profesional kan?
Sumber: Berita Harian, Media Hiburan
Baca : Pengarah Tak Tahu Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Tidak Mesra Macam Dulu, ‘Dingin’ Di Lokasi?