in

“Semua gempak-gempak” – Ini 10 Filem Yang Tercalon Untuk Oscars 2024

Collagefeat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscars 2024 telah mengeluarkan pencalonannya. Bagi peminat tegar filem, dah tentunya mereka tak sabar untuk tengok filem mana yang bakal diangkap sebagai filem terbaik tahun ini kan?

Acara yang akan dihoskan sekali lagi oleh Jimmy Kimmel ini akan ditayangkan secara langsung pada 10 Mac nanti atau kalau kat Malaysia pada 11 Mac yang biasanya akan bermula seawal jam 6.30 pagi.


Jadi sementara menunggu Anugerah Akademi yang bakal tiba ni, apa kata korang tonton dulu filem-filem yang telah pun dicalonkan dalam kategori Best Picture ni. Sebabnya semua filem yang dipertandingkan ni, semua gempak-gempak tau! Jom tengok apa filem-filemnya…

Artikel berkaitan: [VIDEO] Sebaik Menang Oscars, Michelle Yeoh Terus Hubungi Mak Di KL

Artikel berkaitan: Insiden Tampar Chris Rock, Will Smith Kena ‘Banned’ Dari Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

1. Oppenheimer

Filem Oppenheimer yang merupakan filem biopik tentang “Bapa Bom Atom” ini telah mendahului dengan carta pencalonan selepas berjaya dicalonkan dalam 13 kategori termasuk best picture, best directing, best lead actor, best supporting actor, best supporting actress dan banyak lagi!

Ramai yang meramalkan filem arahan pengarah tersohor Christopher Nolan dan dilakonkan dengan baik oleh Cillian Murphy ini bakal merangkul sebahagian besar anugerah yang dicalonkan terutamanya kategori filem terbaik selepas ia berjaya memenangi filem terbaik pada Anugerah Golden Globe haritu.

Kalau korang tak sempat nak tonton filem ni masa ditayangkan di pawagam haritu, korang boleh beli atau sewa dari Apple TV.

2. Poor Things

Filem yang diadaptasi dari novel Alasdair Gray ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Emma Stone, Mark Ruffalo, Willem Dafoe dan Ramy Youssef. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita yang mencari dirinya sendiri selepas dihidupkan semula oleh seorang saintis.

Filem ini telah menerima sebanyak 11 pencalonan di dalam Oscars termasuk best picture, best directing, best writing dan best lead actress.

3. Killers of the Flower Moon

Filem arahan David Scorsese ini merupakan adaptasi daripada buku Osage Murders oleh David Grann. Ia dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Robert De Niro dan Lily Gladstone.

Filem yang diterbitkan oleh Apple TV ini menceritakan tentang Ernest Burkhart (Leonardo) dan pak ciknya William Hale (Robert) telah merancang untuk membunuh isteri dan keluarganya bagi mendapatkan kekayaan mereka.

4. Barbie

Filem blockbuster ini turut tercalon dalam beberapa kategori termasuk best picture, best supporting actor, best supporting actress dan best original song.

Filem ini mengikuti perjalanan Barbie dan Ken ke dalam dunia sebenar bagi menyelamatkan Barbieland.

5. Maestro

Filem lakonan dan arahan Bradley Cooper ini merupakan filem biografi yang berpusatkan hubungan di antara komposer Amerika Leonard Bernstein dan isterinya Felicia Montealegre.

Kalau korang nak tahu, Bradley Cooper telah menghabiskan masa selama enam tahun untuk belajar cara untuk menjadi konduktor muzik bagi filem ini tau!

Korang boleh tengok filem ni di Netflix dan tengok sendiri lakonan hebat dia!

6. Anatomy of a Fall

Filem dari Perancis ini berjaya mendapat pencalonan tertinggi setanding dengan filem-filem Hollywood.

Jalan cerita filem ini pun sangat menarik tau di mana seorang wanita bernama Toni Erdmann telah dituduh membunuh suaminya sendiri dan perlu menjalani perbicaraan sementara anak lelakinya yang buta telah menjadi satu-satunya saksi utama untuk kes ini. Fuh!

7. The Holdovers

Filem The Holdovers ini mengisahkan tentang seorang guru yang dikenali dengan ketegasannya terpaksa duduk di kampus bersama seorang pelajar bermasalah dan seorang tukang masak ketika waktu cuti Krismas.

Filem yang mendapat sebanyak tujuh pencalonan termasuk best picture ini boleh ditonton di beberapa pawagam di Malaysia termasuk GSC di 1Utama.

8. American Fiction

Filem American Fiction ini mengisahkan tentang Monk, seorang penulis novel yang kecewa dengan penerbit-penerbit yang mengaut keuntungan dari hiburan orang kulit hitam. Bagi membuktikan perkara ini, dia telah menulis buku yang penuh dengan sterotaip seperti yang dikatakan sebelum sebagai bahan lawak namun bukunya ini telah diterbitkan dan menerima jualan dan pujian yang tinggi.

9. The Zone of Interest

Filem sejarah ini mengisahkan tentang seorang komandan Nazi Jerman yang mahu membina kehidupan yang diimpikan bersama isterinya di rumah barunya yang terletak bersebelahan kem tahanan Auschwitz.

Filem ini telah memenangi filem terbaik di Los Angeles Film Critis Association dan menerima lima pencalonan untuk Oscars 2024.

10. Past Lives

Filem romantik ini mengisahkan tentang Nora dan Hae Sung yang merupakan kawan rapat ketika kanak-kanak sebelum terpisah selepas keluarga Nora telah berpindah ke Amerika Syarikat dari Korea Selatan.

20 tahun kemudian, mereka telah dipertemukan semula di mana Hae Sung mahu meluangkan masa bersama Nora yang telah pun berkahwin dengan seorang lelaki dari Amerika.

Filem mana yang korang dah tengok?

Sumber: Oscars.Org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.