in

“Semua dia sebat” – Individu Curi Barang Depan Rumah Orang, Waktu Siang Pun Buat ‘Kerja’

Curi 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kecurian atau pecah masuk rumah sering terjadi apabila pemilik tiada di dalam rumah. Pencuri kebiasaannya akan target dan rancang dengan rapi dulu bagaimana hendak pecah masuk rumah orang.


Seperti yang kita tahu, kes kecurian juga berlaku pada waktu malam kerana pada ketika itu orang sedang tidur. Jadi, agak sukar untuk tuan rumah dan orang lain menjejaki pencuri.

Namun apa yang terjadi dalam hantaran yang dimuat naik di X ini, tiga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mencuri barang di luar kawasan rumah orang pada waktu siang!

Dalam video pertama yang dimuat naik, menunjukkan lelaki tersebut mamarkir motosikalnya yang berwarna biru di hadapan rumah yang dia target. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan apa barangan yang dicuri dari rumah itu.

Video kedua yang dirakam pada 28 Julai 2023 sekitar jam 6.50 petang, lelaki itu telah memarkir motosikalnya seperti di dalam sebuah bengkel kereta rumah orang. Kemudian, dia mengambil sesuatu di atas tanah sebelum pergi meninggalkan kawasan itu.

Namun begitu, aktiviti keji ini tidak berakhir pada bulan Julai lalu. Satu lagi video rakaman CCTV bertarikh 23 September 2023 pada jam 3.20 petang jelas memaparkan lelaki bermotosikal biru itu ‘rembat’ kipas angin milik tuan rumah lalu pergi meninggalkan kawasan itu.

Selamba je dia..

Apa yang boleh dilihat, lelaki itu target kawasan yang sunyi seperti pada waktu petang dan senja kerana biasanya orang tidak akan keluar rumah pada ketika itu. Dia memakai helmet untuk mengelak daripada dikesan oleh orang lain. Mungkin juga ada lagi barangan lain yang dia curi tetapi tidak dirakam dalam CCTV.

Hantaran yang mendapat repost sebanyak 1.4K dan 1.3K likes ini telah viral di platform X. Rata-rata netizen terkejut dan mengesyaki lelaki itu sudah biasa melakukan kegiatan itu walaupun pada waktu siang.

Curi 1

Curi 2

Curi 3

Selamba je dia curi waktu siang eh..

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.