in

“Semua bil I tak pernah sentuh” – Neelofa Kongsi Cara Suami Beri Nafkah

Syaz Ft 2024 10 17T160540.383

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Topik nafkah suami kepada isteri menjadi bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu, tidak dapat dinafikan ia juga menjadi topik perdebatan di antara lelaki dan wanita.

Terbaru, pelakon serta usahawan, Neelofa dalam sebuah audio siar berkongsi bagaimana suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menjaga nafkah serta tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.


Artikel berkaitan: “Macam nampak bump je” –  Netizen Syak Neelofa Hamil Lagi, Gambar Baru Cetus Tanda Tanya

Artikel berkaitan: Neelofa Lancar Produk Miss V, Buat Promo Guna Gambar ‘Mengundang’

Dalam potongan audio siar itu, Neelofa berkongsi dia tidak pernah ‘menyentuh’ segala bil termasuklah bil api dan air sejak dia berkahwin.

@rhea.zahra

Tanggungjawab nafkah dari Suami. #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish

♬ original sound – Fadhilah Intan ✨ – Fadhilah Intan

“Kadang-kadang I beli susu anak ke barang nak masak, ayam atau ikan macam tu dia tanya mana bil? Dia kata jangan buat macam ni, benda ni I kena bayar,” kongsinya.

Founder jenama Naelofar itu juga berkongsi seorang suami itu ‘mengambil’ isterinya ketika dia dijaga dan diberikan keselesaan oleh bapanya, jadi tugas suami itu perlu meneruskan segala yang telah disediakan sebelum ini.

“Jadi, kita berhak memberi hormat kepada dia (suami) untuk dia memimpin keluarga, kerana itulah kita kena tunduk kepada suami,” kongsinya lagi.

Dalam audio siar itu, Nora Danish juga menjadi salah seorang ahli panel dalam rancangan tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.