in

Semua 21 Nama Habis Digunakan, Amerika Syarikat Bakal Guna Abjad Yunani Untuk Namakan Ribut Taufan

Gambar Hiasan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percaya atau tidak bahawa di Amerika Syarikat pada tahun ini banyak kejadian ribut taufan yang dahsyat sehinggakan US National Hurricane Center (NHC) telah kehabisan nama untuk menamakan ribut-ribut tersebut. Amboi banyak nya ribut terjadi kat sana ye…

Menurut The Guardian, disebabkan taufan dan ribut tropika yang terlalu banyak berlaku di sana, Amerika Syarikat bakal menggunakan huruf dari abjad Yunani bagi menamakan ribut-ribut yang terjadi di sana.


Terdapat 21 nama yang ada pada setiap tahun, dan senarai itu berakhir dengan huruf W. Dalam penggunaan 21 huruf itu tidak temasuk Q,U,X,Y dan Z. Jangan tanya kenapa, pi tanya Donald Trump.

Gio Manh Trong Bao 1000X562

Musim taufan pada tahun 2020 ini telah menyaksikan Caribbean dan Amerika Syarikat selatan dilanda ribut taufan seperti Hanna, Isaias, Laura dan Sally.

Arthur dan Bertha pula berlaku pada awal musim iaitu pada bulan Mei. Secara keseluruhan, 23 ribut bernama telah terbentuk tahun ini termasuk satu ribut subtropika, 14 ribut tropika dan lapan taufan.

Ahli meteorologi mengatakan bahawa banyak ribut tropika terbentuk di Amerika Syarikat berbeza dari kebiasaannya.

Ia disebabkan oleh frekuensi yang meningkat hasil daripada suhu permukaan laut yang melebihi purata dan tekanan angin yang rendah.

5A93B2C54B927

 

Baca: “Semoga dimurahkan rezeki” [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Peniaga Ini Bergelut Selamatkan Gerai Dalam Ribut

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.