in

“Sempat minta autograf sebelum bunuh” – Cerita Penuh Kematian John Lennon Ditembak Peminat Sendiri

Lennon Murder E1610862462578

Sebut saja The Beatles, seluruh pelusuk dunia kenal dengan band paling berpengaruh ini. Kumpulan dari England ini terdiri daripada John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr.

Untuk pengetahuan korang, Paul dan Ringo masih lagi hidup sehingga hari ini dan masih aktif bermain muzik manakala, George Harrison telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2001 dan John Lennon pula mati ditembak ketika dia berusia 40 tahun.

Death Of John Lennon

Personaliti John Lennon telah meninggalkan impak yang besar kepada dunia selepas kematiannya. Malah namanya masih disebut-sebut sehingga ke hari ini dan cara dia berpakaian pun masih ramai yang ikut.

Tapi apa sebenarnya yang berlaku di luar apartmentnya pada malam 8 Disember 1980 itu? Macam mana John Lennon mati dan kenapa dia ditembak? Jom baca kisah penuhnya…

Beberapa jam sebelum kematian John Lennon

Pada 8 Disember 1980, John Lennon menjalani kehidupan hariannya sebagai rock star seperti biasa. Selepas berehat dari muzik, John dan isterinya Yoko Ono baru sahaja keluarkan album baru yang dinamakan Double Fantasy. John menghabiskan paginya dengan mempromosikan album barunya itu.

Mulanya dia mempunyai temujanji dengan jurugambar terkenal Annie Leibovitz untuk ambil gambar majalah Rolling Stone. Selepas bertengkar, John membuat keputusan yang dia akan ambil gambar dalam keadaan bogel manakala Yoko akan mengenakan pakaian.

Berpuas hati dengan gambar yang diambil oleh jurugambar terkenal itu, John Lennon berkata:

This is it. This is our relationship.”

Tak lama kemudian, krew dari RKO Radio tiba di apartment pasangan ini untuk merakamkan temubual terakhir John Lennon. Di dalam temubual ini, John sempat memberikan komen tentang dirinya yang telah meningkat usia 40 tahun.

Masa kita kanak-kanak, 30 tu dah macam umur kematian kan? Saya berusia 40 tahun sekarang dan saya rasa seperti lebih baik dari sebelum ini. Saya rasakan kerja saya tak akan habis sehingga saya mati dan dikebumikan dan saya harap ianya ambil masa yang lama lagi.

Malangnya, John mati pada hari yang sama…

Pertemuan John Lennon dan pembunuhnya, Mark David Chapman

Dakota Where John Lennon Was Shot 768X576 1

Apabila John dan Yoko tinggalkan apartment mereka beberapa jam selepas itu, mereka bertemu dengan lelaki yang akan membunuhnya pada malam itu. Tunggu di luar bangunan apartment, Mark David Chapman memegang salinan album Double Fantasy ditangannya.

Ron Hummel, produser yang bersama John dan Yoko ketika itu masih ingat dengan pertemuan tersebut. Dia mengatakan Mark telah menghulurkan album Double Fantasy untuk ditandatangani John tapi tak cakap apa-apa. Walaupun John tanya lelaki itu kalau dia nak apa-apa lagi, Mark tetap mendiamkan diri.

Malah, pembunuh John Lennon turut mengingati detik ini.

Dia sangat baik dengan saya. Ironinya, dia sangat baik dan sabar dengan saya walaupun keretanya sedang menunggu… Dia tetap ambil masanya untuk melayan saya dan tandatangan album tersebut. Dia juga tanya kalau saya nak apa-apa lagi. Saya jawab, ‘Tak. Tak ada.’ sebelum dia berlalu pergi. Dia sangat mesra dan sopan.”

Namun kebaikan John terhadap Mark tak ubah pemikiran lelaki ini. Mark yang ketika itu baru berusia 25 tahun dan tinggal di Hawaii telah terbang ke New York dengan niat untuk membunuh penyanyi yang pernah disanjungnya itu.

Walaupun Mark ada pertimbangkan untuk membunuh selebriti lain termasuk bekas ahli kumpulan The Beatles, Paul McCartney, kebencian Mark terhadap John mengatasi yang lain.

Ianya bermula dari John mengatakan yang kumpulannya itu lebih popular dari Jesus dan semakin lama, Mark melihat John sebagai seorang poser.

Di hari terakhir Mark bekerja sebagai pegawai keselamatan di Hawaii, lelaki ini masuk kerja seperti biasa tapi bila dia nak sign out buku kehadirannya, Mark telah menulis nama “John Lennon” sebelum bersiap sedia untuk terbang ke New York.

Pembunuhan John Lennon

John Lennon And Mark David Chapman 768X496 1

Sebelum membunuh John Lennon, Mark mahu ambil tandatangan John dulu sebelum kembali menyorok berhampiran apartment dan melihat John dan Yoko masuk ke dalam limosin dan berlalu pergi. Mark menunggu…

Pada jam 10.50 malam, John dan Yoko akhirnya pulang ke rumah.

John keluar dari kereta dan tengok saya, saya rasa dia kenal saya… Inilah orang yang aku sign album dia tadi, sebelum berlalu melepasi saya.”

Bila John berjalan nak masuk ke dalam apartmentnya, Mark mengangkat senjatanya dan menembak lima kali – dan empat dari pelurunya terkena pada belakang badan John. John sempat terhuyung-hayang sebelum menjerit “I‘m shot!”.

Yoko yang cuba tunduk dan berlindung dari tembakan terus bergegas ke arah suaminya selepas dia sedar John telah ditembak.

Where John Lennon Died 768X576 1

Saya berdiri di situ dengan pistol di tangan kanan yang dah terkulai. Jose, orang yang menjaga pintu datang ke arah saya dalam keadaan menangis sebelum cengkam saya dan menggoncang tangan saya dan merampas pistol saya sebelum campaknya ke tepi. Tindakan yang saya rasakan berani.”

Mark kemudiannya berdiri dengan sabar menunggu ditahan sambil membaca buku The Catcher in the Rye.

Mark David Chapman Gun 768X576 1

Menurut laporan, John Lennon mati hampir serta merta selepas ditembak kerana pendarahan teruk dan terlalu cedera untuk menunggu ambulans. John kemudiannya dimasukkan ke dalam kereta polis sebelum dikejarkan ke Hospital Roosevelt. Namun dah terlambat.

Ketika tiba di hospital, John disahkan telah meninggal dunia dan berita mengenai tembakan tersebut telah tersebar. Stephen Lynn, doktor yang bercakap dengan media telah membuat pengumuman rasmi tentang kematian John Lennon.

Kami dah cuba sedaya upaya untuk hidupkan semula tapi lepas berikan pemindahan darah yang banyak dan prosedur lain, John Lennon tak dapat diselamatkan.”

Doktor telah mengesahkan kematian John pada jam 11.07 malam pada 8 Disember 1980 dan Stephen mengatakan kematian John adalah berpunca dari kecederaan yang teruk dari hasil tembakan.

Ada kecederaan yang ketara di saluran darah utama di dadanya yang menyebabkan John kehilangan banyak darah dan mungkin sebabkan kematiannya. Saya yakin yang dia telah pun meninggal ketika tembakan pertama terkena badannya.

John Lennon The Dakota 768X510 1
Peminat berkumpul depan apartment tempat john lennon dibunuh

Reaksi bekas ahli kumpulan The Beatles tentang kematian John Lennon

Gettyimages 56217458 1554926897

Sejurus selepas kematian John, Paul telah ditahan oleh media di luar studionya dan hanya memberikan komen “It’s a drag.” Selepas dikritik dengan komennya itu, Paul menjelaskan:

Ada seorang wartawan, ketika kami nak bergerak, dia masukkan mikrofonnya ke dalam tingkap kereta dan menjerit, ‘Apa pendapat awak tentang kematian John?’ saya baru habiskan masa saya dalam keadaan terkejut dan bila saya kata ‘It’s a drag’ (ia memenatkan), saya maksudkan ia sangat-sangat memenatkan.”

Beberapa dekad selepas itu, dalam satu temubual, Paul mengatakan:

Ia sangat mengerikan hingga tak boleh nak menerima. Saya tak boleh nak menerimanya. Selama berhari-hari, saya tak boleh nak terima yang dia dah tak ada.”

Untuk Ringo Starr, ketika John dibunuh, dia berada di Bahamas. Apabila mendengar berita tentang kematian John, Ringo terbang terus ke New York dan pergi ke apartment John untuk berjumpa Yoko dan bertanya kalau dia boleh bantu apa-apa.

Dia suruh saya tengokkan Sean Lennon (anak Yoko dan John) dan itu apa yang kami lakukan.”

Sean Yoko 569055Dbb0F3C33E0Fca51Aba570D460563Ebe51 S800 C85
Sean lennon and yoko ono.

Pada tahun 2019, Ringo mengaku yang dia masih emosi bila dia ingat tentang kematian John Lennon.

Saya masih terkesan bila memikirkan si keparat itu tembak dia.”

George Harrison pula beritahu kawan-kawannya:

Aku hanya nak main band je. Dan sekarang, 20 tahun kemudian, ada lelaki tak betul ni tembak kawan aku. Aku cuma nak main gitar je dalam band.”

Nasib pembunuh John Lennon

Mark kemudiannya dijatuhkan hukuman 20 tahun hingga seumur hidup penjara atas pembunuhannya.

Sehingga ke hari ini, Mark David Chapman masih di dalam penjara. Rayuannya untuk dibebaskan telah ditolak 11 kali. Setiap kali tiba parolnya, Yoko Ono berikan surat meminta untuk lelaki ini kekal dalam penjara.

Mark David Chapman Mugshot 768X480 1

Mark sebelum ini mengatakan yang dia bunuh John Lennon kerana dia mahu menjadi terkenal.

Saya rasa, dengan membunuh John Lennon, saya akan menjadi terkenal, tapi sebaliknya saya menjadi pembunuh.”

Pada tahun 2014 pula, Mark telah meminta maaf kerana memilih cara yang salah untuk menjadi terkenal.

Saya minta maaf kerana menjadi seorang yang bodoh dan memilih cara yang salah untuk mencapai kegemilangan. Dan Jesus telah maafkan saya.”

Mark sendiri telah menyifatkan tindakannya itu sebagai tindakan yang “tak bertimbang rasa, pentingkan diri sendiri dan jahat.”

Sumber: ati

 

Baca: “Seram pula tengok” – [GAMBAR] Suasana ‘Crime Scene’ Ketika Mayat Kurt Cobain Dijumpai

Screenshot 2020 11 27 At 4.19.29 Pm

Sumber: ati
Sumber: artsy.net
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: NPR
Sumber: ati