in

Sempat Lagi Ucap ‘Happy New Year’ Walaupun Terjatuh, Nabila Razali Kongsi Cara Dirinya Sambut Tahun Baru

F3 Nr Jt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan penyanyi Malaysia iaitu Nabila Razali yang popular dengan lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua ini kan?

Rupa-rupanya, penyanyi yang berusia 30 tahun ini telah menyambut tahun baru 2022 dengan cara yang lain daripada yang lain. Baru-baru ini, viral sebuah video di mana Nabila terjatuh ketika mahu menaiki pentas untuk menyanyi di sebuah majlis di ibu kota.


https://www.instagram.com/tv/CYJ4nR4B5os/

Video dirinya terjatuh itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi itu menerusi akaun Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi, “Well this is how my 2022 started”

Ini lah bagaimana tahun 2022 saya bermula,” katanya.  

Namun, apa yang membuat ramai peminat dan netizen terhibur adalah Nabila dilihat begitu profesional menangani perkara itu kerana dia masih sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada mereka yang hadir di majlis itu.

Dapat dilihat dalam video selama 15 saat itu yang Nabila segera dibantu oleh dua orang wanita. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kasut tumit tinggi yang dipakai oleh wanita yang pernah berlakon dalam drama Pesan Pada Hati ini.

Nr Jt 2

Difahamkan, dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat terjatuh ketika persembahan nyanyiannya itu.

Nasib baik tak ada kecederaan kan. Apa-apa pun, selamat tahun baru juga kita ucapkan kepada Nabila Razali dan semoga tahun 2022 akan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya untuk kita semua. 

Sumber: Instagram Nabila Razali

Baca: “Laju wat kerja dik”- Netizen Geli Hati Lihat Lelaki Ni Transform Diri Jadi Peserta AJL 35, Guna Props DIY Je 

Nr Jt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.