in

“Sempat lagi eh buat kerja macam ni” – Pemburu Haram Buat ‘Kerja Lain’ Waktu Perintah Kawalan Pergerakan

Combine Rusa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini genap seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan semenjak Perdama Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah tersebut pada 18 Mac yang lepas. Semua orang dikehendaki untuk berada di dalam rumah untuk menghentikan rantaian wabak Covid-19 ini.

Namun, ada segelintir pihak yang bersikap acuh tak acuh dengan arahan yang telah dikeluarkan untuk sentiasa berada di rumah.


Berlaku satu kejadian di Lahad Datu di mana seorang lelaki berumur 32 tahun telah ditahan sepasukan polis, Tiger Platoon, Team World Wildlife Fund dan Jabatan Hutan Sabah (JHS) dalam Ops Khazanah di Hutan Simpan Ulu Segama kira-kira dalam jam 12.20 tengah malam Isnin yang disyaki terlibat  dalam pemburuan haram, lapor Awani.

Pasukan polis telah menjumpai sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama dengan bangkai dua ekor rusa dan pelanduk yang telah dibuang perutnya di Hutan Simpan Ulu Segama.

L2

Dilaporkan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pasukan operasi telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh beberapa orang yang mencurigakan.

L 1

Kenderaan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Didapati terdapat barangan peribadi suspek seperti kad pengenalan, lesen memandu dan telefon bimbit di dalam beg sandang suspek.

Suspek akhirnya menyerah diri di IPD Lahad Datu jam 9.10 malam pada hari yang sama. Dia juga mengaku telah melakukan pemburuan haram itu bersama dengan tiga lagi rakannya.

Baca : “Start dari binatang lepastu upgrade dekat manusia” – Individu Kejam Bakar Anak Kucing Di Rembau Undang Kemarahan Netizen 

Ku

 

Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.