in

“Sempat cari port” – Wanita Selamba Kencing Dalam MRT Singapura

collage 4

Macam yang kita tahu, kebanyakan pengangkutan awam berjarak dekat memang tak ada disediakan tandas. Jadi, kalau tak tahan nak buang air kecil atau besar tu kenalah cuba sedaya upaya tahan ya, jangan jadi macam ni…

Seorang wanita di Singapura baru-baru ini telah membuat keputusan untuk tidak menghiraukan undang-undang larangan membuang air kecil atau besar di tempat awam mahu pun pandangan orang yang berdekatan dengannya.

Insiden yang berlaku pada hari Isnin lalu lebih kurang jam 12.30am ini terjadi di dalam MRT yang sedang membuat perjalanan ke Jurong East.

Menurut laporan Asia One, wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an ini telah dilihat berada dalam keadaan mabuk dan baring di atas tiga tempat duduk di dalam MRT tersebut.

20223008 Pee on train 0.jpg

Tak berapa lama selepas itu, wanita ini kemudiannya tiba-tiba bangun dan berjalan terhuyung-hayang melintasi tiga kabin meninggalkan begnya di belakang.

Wanita ini juga turut tidak memakai pelitup muka dan batuk dengan teruk sebelum tiba di satu kerusi yang terletak di sudut antara kabin dan membuka seluarnya sebelum mencangkung dan kencing di atas lantai. Aduiiiiii

Kalau korang tengok gambar dekat atas ni, korang boleh nampak air kencing wanita ini telah mengalir sehingga membuatkan seorang penumpang berdekatan bangun dan meninggalkan tempat tersebut.

Wanita ini kemudiannya telah turun di stesen Jurong East dan membuat keputusan untuk duduk di atas eskalator yang sedang menurun ke bawah dan hanya bangun bila seorang lelaki ingin menghulurkan bantuan untuk bangunkan dia bila eskalator tersebut dah nak sampai hujung.

Kalau korang nak tahu, perkara yang dilakukan oleh wanita ini jelasnya merupakan satu kesalahan. Seperti yang dinyatakan oleh Peraturan Kesihatan Awam Persekitaran Singapura.

Tiada individu dibenarkan untuk membuat air kecil atau besar di mana-mana jalan, arked, tanah kosong, longkang, terusan atau mana-mana tempat yang menyediakan kemudahan awam untuk tujuan tersebut.”

Alamak, kenapa sampai macam ni. Kalau terkincit tu bolehlah jugak faham kan?

 

Baca: “Siap ugut lagi” – [VIDEO] Lelaki Mengamuk Lepas Kena Tegur Kencing Depan Sekolah

Lelaki Mengamuk Lepas Kena Tegur Kencing Depan Sekolah

Sumber: Asia One