Sejak Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau kini menjadi bualan dan perhatian orang ramai.
Oleh sebab ni, tak hairan bila ada yang kurang senang dengan penampilannya dan memilih untuk menegur beliau. Tapi nampak gayanya ada yang tak kena dari segi tegurannya tersebut.
Sebuah rakaman pendek temu bual bersama Nurul Izzah di radio telah dikongsikan oleh Stevie Chan di Twitter dan mendapat perhatian ramai kerana rata-rata tak berkenan dengan cara individu itu menegur.
Individu tersebut yang merupakan seorang lelaki telah menelefon stesen radio berkenaan untuk bercakap terus dengan Nurul Izzah. Kalau korang ingat individu tu nak kritik cara beliau bekerja, korang salah sebab lelaki ni memilih untuk menegur pemakaian YB on air!
Sebenarnya tak ada salah pun dalam menegur saudara se-Islam yang lain tapi perlulah kena pada tempatnya lagi-lagi apabila melibatkan tentang keaiban orang tu. Cuba korang tengok video kat bawah ni dan judge sendiri.
Rata-rata tak setuju dan rasa tak patut bila lelaki tu siap describe dengan detail apa yang dinampaknya dan ada juga yang menggelarnya pervert. Selain itu, mereka juga mengatakan lelaki itu sengaja nak memalukan Nurul Izzah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat lelaki itu yang sepatutnya menundukkan pandangannya serta bengang sebab dia menggunakan agama sebagai alat. Tak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan pakaian Nurul Izzah sentiasa mengikut syariah dan ada kebarangkalian lelaki tersebut yang merenung badan YB.
Tegur satu sama lain tu takpe. Tak ada salahnya. Tapi mestilah kena tempat dan caranya. Janganlah sampai memalukan orang yang ditegur depan orang ramai.
Rasanya Nurul Izzah pakai baju ok je. Hmmm…