Semenjak tempoh PKP dijalankan boleh dikatakan banyak haiwan jalanan seperti kucing dan anjing terabai, dahulu kita yang memberi mereka makan sekarang siapa pula?
Melihat kepada isu tersebut, kumpulan Pemuda Cinta Kucing (P.C.K) yang diketuai oleh Mohd Nor Zharif Idrus berumur 28 tahun mengambil inisiatif telah menawar diri untuk memberi makan kepada haiwan ini, lapor awani.
Ideanya terdetik selepas dia pulang dari kerja dan terlihat seekor kucing jalanan yang dalam keadaan lemah sedang mencari makanan.
Melihat kucing itu dalam keadaan lemah, saya segera membeli makanan kucing di sebuah pasar raya berdekatan, paling menyedihkan ialah kucing itu tidak mampu bergerak dan saya terpaksa mendukungnya untuk memberi makan dan minum,” – Mohd Nor Zharif Idrus
Zharif kemudiannya mengajak dua rakan kerjanya Muhmmad Ekmal Hakim Abdullah, 27, dan Ahmad Muliady Ab.Majid,43, untuk membantu memberi makanan pada kucing jalanan.
Bermula dari Ahad lepas mereka memulakan operasi memberi kucing jalanan makan di sekitar Kangar, Padang Besar, dan Arau, Perlis dan akan meneruskan sehingga tamat PKP.
Meskipun terpaksa menggunakan duit belanja sendiri, itu bukan menjadi masalah kepada mereka, sebaliknya mereka percaya ia dapat mendekatkan diri dengan rezeki.
Pada masa sama, mereka berharap agar netizen turut membantu kucing jalanan di kawasan masing-masing, kerana jadi tanggungjawab kita sebagai manusia menolong mereka.
Tidak kira sama ada kucing atau anjing, jika terlihat mereka lapar bantu lah mereka.