Semakin hari semakin banyak kes kematian dilaporkan akibat wabak COVID 19. Ramai yang bersedih kerana kehilangan ibu bapa, anak ataupun kawan mahupun saudara.
Lebih menyedihkan jika kes kematian ini melibatkan seorang ibu kepada seorang budak-budak yang masih muda usianya. Menerusi perkongsian video di TikTok dari @___amin91___, dia yang juga seorang petugas kesihatan telah memuat satu video menyentuh hati.
Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Aliff ini ditempatkan di pusat kuarantin telah mendapat khabar berita bahawa ibunya baru saja meninggal dunia kerana COVID 19.
https://www.tiktok.com/@___amin91___/video/6981961221213785371?_d=secCgYIASAHKAESMgowyOsDFIhR9Y3PGDeh1E8RQ0xDtOVRsZTFF%2B4%2BYAh8TMldp1ZtoFi8R0uEQyJMYUA9GgA%3D&checksum=d35fd89e21803084cafeedc7f3ab2fe77133e07eecb25c9ef2b83382d92ef897&language=en&mid=6959237680735505154&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=6981961221213785371&share_link_id=D4977FA7-7B32-4F4E-8EE5-9170BBE8EA61&source=h5_t×tamp=1625718268&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menerusi video itu juga dapat dilihat kanak-kanak berkenaan ditenangkan oleh para frontliners yang menggosok-gosok belakangnya kerana berada dalam keadaan sedih.
Lebih memilukan, bapa kanak-kanak itu juga katanya kini sedang mendapatkan bantuan oksigen kerana positif wabak itu. Allahu… berat ujian adik ni.
Selain daripada video itu, ahli keluarga adik ini juga ada memuat naik video berkenaan mangsa yang juga didakwa sebagai kakaknya bernama Siti Mariatun.
@alfahchannel Siti mariatun@maria… Kakak ku yang tercinta… Semoga ALLAH SWT satukan kita kembali disyurga firdaus… #covid #covid19
“Semoga adik terus kuat ya… Salam Takziah”
Posting tersebut telah mendapat pelbagai komen netizen yang sedih dengan apa yang menimpa adik tersebut.
Kehilangan seorang ibu pada usia muda dan dalam situasi dikuarantin pula memang perit. Harap adik ini tabahlah menghadapi dugaannya.
Sedihnya lahai dengan apa yang menimpa keluarga ini…