in

“Semoga istiqamah” – Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Mudah Bangun Solat Subuh

Alif Satar Tip Bangun Subuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti serba boleh, Alif Satar baru-baru ini mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Inisiatif itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila segelintir netizen berkongsi pengalaman menyertai program #GengSubuhMacamJumaat yang diterajui Alif.


Lebih mengharukan apabila program itu turut meraih perhatian pengikut di Indonesia, Australia dan Turki yang rata-ratanya daripada golongan anak muda.

Artikel berkaitan: Buat Inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar Dipuji Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


Dalam perkongsian terkini, Alif Satar berkongsi tips tentang cara-cara mudah untuk bangun pada awal pagi sekali gus menjadi rutin harian solat Subuh berjemaah di masjid.

Menurut Alif, kaedah yang sering diamalkan oleh orang ramai adalah dengan mendapatkan rehat mencukupi iaitu tidur awal pada waktu malam. Selain itu, menetapkan jam penggera untuk mudah terjaga pada awal pagi.

Namun, pasti ada individu yang menghadapi kesukaran untuk bangun awal walaupun sudah menggunakan kedua-dua cara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Kata Alif, dia mengamalkan teknik 5 second rule untuk bangkit daripada tidur sebaik sahaja jam berbunyi.

“Alif guna teknik 5 second rule. Bila jam berbunyi, Alif buat countdown dan automatik bangun.

“Korang boleh try, semoga istiqamah #GengSubuhMacamJumaat. Bila pergi, jangan lupa ajak member,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan bersemangat untuk menyahut cabaran Alif untuk solat Subuh berjemaah di masjid.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi tip bangun pagi yang dipraktikkan mereka untuk individu yang mahu mencubanya.

Screenshot 2023 12 13 120515 Screenshot 2023 12 13 120536

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.