Ustaz Ebit Lew adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sering membantu orang dalam kesusahan tak kira bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew diangkat menjadi ikon rakyat Malaysia tatkala kita berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.
Kelmarin, ada satu berita yang mendukacitakan berlaku kepada team Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja pulang selepas memberikan bantuan di Pulau Pinang. Team media Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kemalangan di Tol Jalan Duta dan mengakibatkan tiga daripada mereka cedera. Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau melalui posting di Facebook Ebit Lew.
Semoga cepat sembuh
Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan segera kepada team media UEL yang terlibat dalam kemalangan itu. Harap semuanya akan pulih dan dapat kembali bertugas seperti sediakala.
Mari kita sama-sama doakan kesembuhan kepada team media UEL.
Kita semua terinspirasi dengan usaha UEL membantu orang susah. Harap tak ada yang serius dan segala urusan di hospital dipermudahkan.
Semoga Allah pulihkan segera team media yang terlibat dengan kemalangan. Harap keluarga yang terlibat dan UEL sendiri tabah menghadapi ujian ini.
Baca: Lapan Bulan Terpaksa ‘Hidup’ Dalam Kereta-, Ustaz Ebit Lew Tolong S. Ganesh & Keluarga Sewakan Rumah