Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.
Zaquan memuat naik foto menerusi Instagram Story miliknya, memperlihatkan tilam dan bantal milik Raees turut mengakui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergian Allahyarham.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Dia nak lari dengan kekasih gelap” – Suami Pembantu Rumah Ayu Raudhah & Zaquan Dedah Punca Isteri Larikan Diri?
Dalam hantaran lain, Zaquan juga berkongsi sebuah video gelak ketawa Raees dengan berharap dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian berat ini.
“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini… beri aku kekuatan ya Allah.” luahnya.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan khabar duka anak ketujuhnya meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Raees yang berusia enam bulan tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang pada Selasa di Seremban.
Sekadar info, Zaquan Adha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ayu Raudhah pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Al Jibreel, dan anak keenam yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram