Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi mengajak penyanyi rap, Caprice untuk bersemuka berkenaan dengan persengketaan mereka. Ajakan itu dibuat menerusi satu surat terbuka di mana Yusuf Azmi meluahkan mahu berbincang dengan aktivis kemanusiaan itu.
Dalam surat tersebut, perbincangan tersebut dibuat kerana ingin bercakap tentang isu yang membuatkan Caprice rasa tidak puas hati dengannya.
Artikel berkaitan : Kes Ibu Didera Anak: Keluarga Salahkan ‘Semboyan’ Dakwa Mereka Melebih-lebih?
Artikel Berkaitan : Lelaki Terserempak Dengan Kawan Lama, Terus Bayar Hutang RM46K Lepas 22 Tahun ‘Lost Contact’
“Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan.”
@yusufazmiofficial Sembang semua boleh sembang! Kalau betul berani, kau datang sini kita sembang. Kita tengok macam mana. @Caprice Munafik Hunter #YusufAzmi #BersamaSemboyan #semboyanmalaysia #NoMoreTalk #LetsSettleThis #BeraniKe #caprice
Sebelum ini, Caprice ada memuat naik satu foto memaparkan Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sumber : TikTok