Selepas terpaksa mengundurkan diri dari Kejohanan Indonesia Masters di Bali akibat mengalami kecederaan baru-baru ini, persoalan sama ada pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia akan beraksi atau tidak di pentas Terbuka Indonesia akhirnya terjawab.
Lee Zii Jia akan beraksi di kejohanan tersebut bermula pada 23 sehingga 28 Novermber ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann.
Wong Choong Hann memaklumkan perkara tersebut selepas Lee Zii Jia tidak lagi berasa sakit di bahagian belakang selepas beransur pulih. Walaupun begitu, beliau turut mengatakan yang dia hanya mahu atlet berusia 23 tahun itu buat yang terbaik dalam Terbuka Indonesia.
“Apa yang penting, Zii Jia tidak berasa sakit lagi dan penampilannya di Terbuka Indonesia boleh menjadi persiapan untuk dirinya beraksi di Kejohanan BWF 2021 yang akan diadakan di Sepanyol 12 hingga 19 Disember depan” – Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Kejohanan Terbuka Indonesia akan membuka tirai di gelanggang Bali International Convention Centre, Nusa Dua. Sebelum ini, Lee Zii Jia memaklumkan penarikan dirinya melalui posting di akaun Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CWVnTKJvDjQ/
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan juga telah memberikan kebenaran kepada Lee Zii Jia untuk beraksi semula pada Terbuka Indonesia selepas dirinya telah sihat walaupun diberikan rehat selama seminggu sebelum ini.
Wah, Lee Zii Jia nak beraksi balik lah! All the best Zii Jia! Malaysian akan sokong awak!
Baca: Lee Zii Jia Mahu Pulihkan Diri, Ambil Keputusan Tak Teruskan Aksi Di Indonesia Masters 2021