Korang pernah pergi IKEA tak? Kalau pergi IKEA tak sah lah kalau tak cuba Swedish meatballs dorang yang famous gila tu kan. Ada orang sampai sanggup pergi IKEA semata-mata nak makan hidangan bebola daging ni je, padahal tak nak beli barang apa-apa pun kat situ.
Hidangan bebola daging ni selalunya akan dihidangkan dengan mashed potato, gravy dan raspberry jam. Siap letak bendera Sweden terpacak dalam pinggan, memang tak sabar-sabar nak makan hidangan ni setiap kali beli.
Meatball IKEA bukan dari Sweden?
What?! Kalau ingat Sweden je mesti ingat meatball, kalau ingat meatball je mesti ingat Sweden. Tapi tak siapa sangka yang signature dish Sweden ni bukan air tangan rakyat negara tu sendiri.
Ceritanya bermula apabila satu akaun Twitter televisyen Turki ni tweet pasal meatball dan dakwa hidangan bebola daging popular tu bukan dari Sweden, tapi actually Turki. Siap cakap Sweden pun memang mengaku meatball famous tu bukan dorang punya.
Kerajaan Sweden akui hidangan meatball asal dari Turki
Ya, hidangan kebangsaan Sweden yang jadi kebanggaan rakyat dorang ni sebenarnya berasal dari Turki! Ini disahkan sendiri dengan satu tweet dari akaun Twitter nasional Sweden yang menjelaskan pasal hal ni.
Katanya kerajaan Sweden mengakui bahawa resepi meatball tu dibawa balik oleh King Charles XII dari Turki awal abad ke-18.
“My whole life has been a lie”
Punyalah bangga ada hidangan kebangsaan sedap macam ni, sekali resepi orang lain punya! Lepas cerita ni tersebar, ramai tak percaya yang satu-satunya hidangan Sweden kegemaran dorang ni sebenarnya makanan Turki.
“Seluruh hidup saya adalah satu pembohongan,” kata seorang netizen.
“Ini satu penipuan!” kata seorang lagi penggemar meatball Sweden yang tak boleh terima kenyataan.
Rupanya kita duk makan makanan Turki selama ni gais. Pape hal pun admin salute lah dengan kerajaan Sweden sebab berani dedahkan berita sebenar dan tak sebar #fakenews.
Baca: [VIDEO] “Sedap sangat!” – Wanita Berhijab Selamba Rakam Makan Daging Babi Tapi Sebenarnya…