Ramai pencinta kucing diluar sana sanggup membayar harga yang tinggi untuk membeli seekor kucing, lebih-lebih lagi jika kucing itu merupakan baka yang ‘rare’ dan sukar untuk didapati.
Baru-baru ini, kecoh di laman Instagram dan Twitter apabila Tyra Kamaruzzaman yang merupakan founder jenama kosmetik BeauTyra meluahkan rasa kecewa kepada breeder kucing kerana dia tiba-tiba disuruh membayar lebih kerana kucing yang dibelinya itu beranak.
Tiba-tiba kena bayar lebih?
Dalam IG Story, Tyra memberitahu yang dia agak terkejut mengapa dia perlu membayar lebih kerana menurutnya tiada sebarang kontrak atau perjanjian yang diberitahu ketika membeli kucing tersebut.
Difahamkan, biasanya breeder akan memandulkan kucing sebelum dijual tetapi bagi kes Tyra ini, kucing tersebut tidak dimandulkan sebelum diberikan kepadanya.
Dia juga berkata dia faham jika breeder tersebut risau jika anak-anak kucing tersebut dijual dan seterusnya ‘mengganggu’ perniagaan breeder tersebut, tetapi Tyra memberitahu bahawa dia tidak langsung mempunyai niat untuk menjual anak-anak kucing tersebut.
Cats Law?
Breeder tersebut juga memberitahu adanya ‘Cats Law’ yang tidak membenarkan kucing yang dibeli untuk beranak, tetapi Tyra berkata itu semuanya bukan sesuatu yang boleh dikawal.
Malah, breeder itu juga berkata dia akan mengambil tindakan kepada Tyra berdasarkan ‘Cats Law’ itu tadi.
Tyra berkata dia juga ingin memandulkan kucing tersebut tetapi pada waktu itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan dan agak mustahil untuk dirnya pergi memandulkan kucing yang dibelinya itu.
Akhirnya, Tyra memutuskan untuk block breeder tersebut dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya jika perlu.
Semoga semuanya baik-baik sahaja!
Baca: ‘Marah vet ke tu?’ – Aksi Kucing ‘Mengadu’ Pada Tuan Lepas Kena Suntik Buat Ramai Geram