in

Selepas Pemergian Anak, Bapa Al-Fateh Tekad Pindah Ke Pangkuan Keluarga Setelah 14 Tahun Berjauhan

Ft Bapa Al Fateh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah bayi 8 bulan yang meninggal dunia di pusat jagaan ini sangat memberi kesan mendalam buat si ibu bapa kerana cahaya mata pertama mereka itu merupakan satu sinar buat mereka setelah 10 tahun penantian. Namun begitu, Allah lebih menyayangi Al-Fateh. Al-Fatihah…

Bukan sahaja ibu bapa, seluruh rakyat Malaysia juga turut sedih dan bersimpati dengan nasib ibu bapa, Sabrina Hakiem Zaini dan Mohd Fikry Amri ini.


Artikel berkaitan : “Beliau mempunyai semangat kuat” – Ibu Allahyarham Al Fateh Teruskan Bekerja Selepas Diuji

Artikel berkaitan : “Cara kematian sama” – Sebelum Al Fateh, Bayi 6 Bulan Maut Di Taska 2 Tahun Lalu

Susulan dengan peristiwa perit yang dialami pasangan suami isteri ini, Fikry Amri akhirnya tekad untuk berpindah ke pangkuan keluarga di Melaka. Menerusi Facebook miliknya, Fikry yang bekerja dengan Kementeri Pertahanan Malaysia meluahkan rasa syukur setelah 14 tahun penantiannya itu berakhir.

Jelasnya lagi, pemergian Al-Fateh menjadi penyebab utama untuk dia tekad berpindah ke pangkuan isterinya setelah sekian lama berjauhan.

“Alhamdulillah syukur selesai serah menyerah tugas. Penantian selama 14 tahun berakhir. Setelah sekian lama hidup berjauhan dengan isteri, akhirnya saya dapat hidup sebumbung. Pemergian Al Fateh menjadi asbab untuk saya kembali ke Melaka. Semoga dipermudahkan urusan saya di tempat baru. Dapat daddy & mommy melawat kubur Al Fateh hari2. InshaAllah..”

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan dan memberi kata2 semangat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan rezeki berlipat ganda. Aminnn Ya Rabbal Alaminn.”

461347494 2022004061588332 6380631393964211677 N

Untuk rekod, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd Halim, 39 ada menegaskan bahawa dia akan memastikan semua pihak bertanggungjawab atas kematian anaknya akibat dibedung, disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuh itu.

Dia dan isteri akan menuntut bela atas kematian bayi mereka dengan memastikan semua pihak termasuk pengasuh dan pemilik taman asuhan kanak-kanak (taska) yang menjaga Al Fateh berdepan tindakan undang-undang.

Sumber : Facebook, Kosmo!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.