in

Selepas ‘Mass DNA Screening’, 3 Penagih Dadah Ditahan Di Apartmen Idaman Rupanya Sebab…

Zayn Rayyan Penagih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin sememangnya mengejutkan banyak pihak dan ramai yang mengikuti kes berkenaan dengan terperinci memandangkan ianya masih lagi dalam siasatan.

Terbaru, seramai tiga individu yang dipercayai penagih dadah ditahan setelah mass DNA screening (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.


Artikel berkaitan: Polis Nak Sedut Air Sungai Untuk Cari Petunjuk Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: “Hari-hari masuk TV” –  Owner Rumah Tergamak Ambil Kesempatan Guna Kes Adik Zayn Naikkan Harga Jual Unit

Namun, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan penangkapan itu tiada kena-mengena dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

101572 1645405636 5Edgpro5 Img 20220220 234709 499 0

“Semua individu ini bagaimanapun, tiada kaitan dengan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kebetulan ketika kami melakukan mass DNA screening itu, mereka positif dadah. Jadi, kita tahan untuk tindakan lanjut.

Mereka bertiga tidak mempunyai kaitan dengan siasatan ini (kes pembunuhan Zayn Rayyan),” katanya.

Difahamkan, keputusan berkaitan ujian DNA beramai-ramai itu berkemungkinan besar akan diketahui dalam masa dua ke tiga hari lagi.

Sebagai info, seramai 228 individu telah diambil ujian DNA melibatkan pemeriksaan unit rumah dan premis perniagaan, pemeriksaan terbabit dijalankan di 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

Sumber: Kosmo!

Sumber: EdgeProp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.