in

Selepas ‘Direhatkan’, Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan, Maafkan Semua Orang

Ustaz Don

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Medan dakwah negara sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pendakwah popular, Ustaz Don yang direhatkan oleh stesen penyiaran RTM semalam. Perkara ini berlaku selepas Ustaz Don dikatakan masih tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh stesen tersebut.

Tampil menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid menegaskan telah berlaku salah faham berkaitan perkara yang dibincangkan beliau.


Memetik laporan Kosmo!, Ustaz Don menjelaskan isu berkaitan topik menghormati guru adalah bukan hadis seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Namun, topik itu adalah petikan kitab tulisan imam Masjidil Haram.

Artikel berkaitan: Ustaz Don Dikecam, Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam & Hawa Sebagai Bahan Gurau?

Artikel berkaitan: Sekali Lagi Cetuskan Kontroversi, Ustaz Don ‘Direhatkan’ Terus Dari Program

Ustaz Don

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Ustaz Don menafikan memetik hadis kitab tulisan Imam An Nawawi Al Bunyani berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith. Beliau juga mempersoalkan tidak mungkin imam ini menulis perkara salah.

Tambah Ustaz Don lagi, ini adalah kali pertama beliau tampil memberi penjelasan walaupun pernah dikaitkan dengan situasi seumpama ini sepanjang 14 tahun dalam dunia dakwah.

Tiada rasa kecewa, saya maafkan semua orang. Malu saya kepada Imam Syafie kerana Imam Syafie memaafkan semua orang yang menyebabkannya terpenjara, (dugaan) saya kecil sahaja”

Untuk rekod, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman membuat pengumuman mengejutkan apabila program yang berbaki empat episod itu tidak lagi menampilkan pendakwah terbabit.

Ini susulan dakwaan mengatakan Ustaz Don berkongsi hadis tanpa sanad atau sumber apabila menyatakan memandang wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah, malam kelmarin.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.