Isu mengenai Fahmi Reza dihalau dari universiti ke universiti telah mendapat tumpuan rakyat Malaysia sehinggakan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sendiri rasa kecewa dengan pengurusan pihak IPTA.
Biarpun dihentikan dan dihalau, pereka grafik dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin tetap mendapat sokongan para mahasiswa untuk terus mengikuti perkongsiannya biarpun terpaksa berpindah randah lokasi.
IPTS sambut baik, hantar siswa untuk ‘join’
Bagaimanapun, Fahmi Reza memperluaskan perkongsian ilmunya mengenai demokrasi untuk anak muda menjelang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini di IPTS. Fahmi menzahirkan rasa teruja kerana kehadirannya disambut baik oleh pihak pengurusan IPTS tersebut.
Universiti awam: Hantar polis bantuan stop #KelasDemokrasi
Universiti swasta: Hantar mahasiswa join #KelasDemokrasi pic.twitter.com/Grmkmcx85p
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) November 14, 2022
Malah, pihak IPTS itu siap hantar pelajar-pelajarnya untuk sertai Kelas Demokrasi itu. Dilihat ramai pelajar yang sertai dan pihak pengurusan IPTS tersebut bantu untuk wartakan lagi kehadirannya untuk mahasiswa lain hadir.
It's a full house, standing room only here at @kuasasiswa's discussion on Malaysia's democracy here at Taylor's Lakeside University.
Everyone is excited, eager to learn and cast their first vote!#GE15 #PRU15 pic.twitter.com/AMnSLV5VxK
— Azrul Mohd Khalib (@azrulmohdkhalib) November 14, 2022
Terdahulu, tular video Fahmi Reza dihalau oleh pihak polis bantuan sebuah universiti sampaikan pelajar yang mengikuti kelasnya itu sanggup ikut untuk belajar di luar kampus termasuklah di kedai mamak.
Baca : Fahmi Reza Dihalau Masa Buat Kelas Demokrasi Di IPT, Ini Respon Maszlee Malik