in

Selepas Dibawa Ke Hospital Oleh JKM, Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama 2 Bulan

Adik Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember tahun lalu kini tidak tinggal bersama kedua ibu bapanya.


Sebaliknya, kanak-kanak itu ditempatkan di Institusi Kebajikan selama dua bulan, lapor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, pihaknya mendapat Perintah Jagaan Sementara mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam, pada hari ini.

Artikel berkaitan: “Harap semua berhenti berspekulasi” – Misteri Kematian Zayn Rayyan Hanya Akan Terungkai Ketika Perbicaraan

Artikel berkaitan:  Akibat Tekanan, Ibu Bapa Zayn Rayyan Jalani Rawatan Psikologi

Screenshot 2024 06 14 153726

Jelasnya, kanak-kanak itu akan ditempatkan di Institusi Kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Katanya, dalam tempoh tersebut, JKM akan meneliti untuk menentukan penjaga yang layak bagi kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, JKM Selangor membawa adik Zayn Rayyan ke sebuah hospital untuk pemeriksaan selepas mengambilnya di rumah keluarga ibu bapanya di Puncak Bestari, Selangor.

Terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit susulan pendakwaan ibu bapanya di mahkamah semalam.

Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.