Sekarang ni, bukan takat di Malaysia sahaja, tapi satu dunia tengah bercakap pasal cerita yang tengah trending iaitu Squid Game. Kalau diikutkan, memang cerita konsep begini senang nak diterima masyarakat.
Kalau sebelum ni, orang asyik bercakap pasal Money Heist dan kalau korang ingat, satu masa dulu boleh kata ramai jugak minat cerita Hunger Games, yang mana watak utama filem berkenaan Katniss Everdeen berjaya memenangi ‘kejohanan’ edisi ke 74 tersebut.
Dibawakan oleh Jennifer Lawrence, walaupun ada yang mengkritik pemilihan beliau pada sekuel filem tersebut, tidak dinafikan lakonannya sangat memberikan kesan.
Jika kita cuba ingat semula, salah satu babak yang sangat meninggalkan kesan mendalam adalah ketika dia diumumkan sebagai salah satu peserta kejohanan tahunan yang diadakan antara daerah yang memerlukan pesertanya saling berbunuhan untuk mendapatkan ganjaran.
Fenomena Simbol 3 Jari
Kemenangan Katniss kemudiannya membuatkan dia diidolakan ramai penduduk selain dianggap penyelamat kepada mereka yang ditindas. Jika korang ingat, mereka ada menggunakan simbol 3 jari yang kemudiannya turut dibuat oleh Katniss.
Fenomena simbol 3 jari atau dikenali sebagai ‘3 finger salute’ ini membawa mesej yang sangat kuat dan mendalam untuk mewakili mereka yang merasakan diri mereka ditindas.
Kalau nak tahu, punyalah simbol 3 jari ini memberikan mesej yang ‘kuat’ ia telah digunakan dalam banyak siri gerakan yang membawakan mesej pro-demokrasi seluruh dunia. Antaranya di Thailand, Hong Kong dan Myamar.
Simbol Sama Turut Digunakan Di Malaysia
Di Malaysia, simbol yang sama juga ada digunakan dalam sebuah kempen yang dilancarkan sempena hari demokrasi sedunia pada 15 September lalu!
Turut membawakan mesej yang sama, tujuan utama kempen tersebut adalah untuk mengembalikan semula kuasa demokrasi kepada rakyat selain suara rakyat diutamakan berbanding perkara lain dan ianya akan dibawakan sehingga PRU15.
Difahamkan, tanda isyarat 3 jari ini sebenarnya adalah isyarat nombor enam, iaitu ibu jari akan bersentuhan dengan jari kelingking.
Bersih 2.0 juga difahamkan akan menggunakan tanda isyarat tangan untuk nombor enam tersebut, bagi menunjukkan sokongan kepada tuntutan yang dibuat melalui kempen tersebut selain solidariti untuk mereka yang kelainan upaya.
6 tuntutan yang telah disenaraikan sempena perlaksanaan kempen tersebut :
Dinamakan sebagai ‘Ketuanan Pengundi’, kempen ini telah dirasmikan dalam sebuah majlis yang diadakan secara maya minggu lalu dan pada majlis perasmian tersebut turut diperincikan 6 tuntutan diatas selain pelancaran logo rasmi.
Difahamkan, 6 tuntutan ini merupakan pembaharuan yang ingin dibawakan dalam usaha memberikan kesaksamaan kepada semua pihak terlibat, seterusnya memperkasakan semula hak pengundi.
Sebagai penerangan ringkas, berikut adalah perkara-perkara yang disebutkan dalam tuntutan tersebut :
“Bersih 2.0 akan adakan pertandingan mereka face mask dan t-shirt bulan hadapan”
Menurut pengerusi pergerakan berkenaan, Thomas Fann, satu pertandingan mereka bentuk pelitup muka dan baju turut akan diadakan dijangka awal atau pertengahan Oktober nanti, di mana ia akan diangkat sebagai reka bentuk rasmi untuk cenderahati.
Dalam masa yang sama, kempen ini difahamkan akan dijalankan secara meluas melalui media sosial menggunakan “#KetuananPengundi” dan “#HidupDemokrasi”.
Tambah Thomas, selain kempen di media sosial ini, turut akan diadakan siri roadshow ke seluruh negara selepas keadaan pandemik semakin pulih dalam usaha mempromosikan kempen serta tuntutan-tuntutan ini secara lebih meluas.