Kumpulan boy band UK, One Direction bersatu semula buat kali pertama sejak perpecahan mereka pada tahun 2016 untuk hari pengebumian yang penuh emosi buat rakan mereka, Liam Payne.
Kesemua ahli kumpulan itu iaitu Harry Styles, Niall Horan, Zayn Malik, dan Louis Tomlinson, dilihat di khalayak ramai bersama buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun ketika mereka memberi penghormatan kepada Liam.
Artikel berkaitan: Berkabung Menyanyi Lagu Liam Payne, Tindakan Sekumpulan Wanita Tarik Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: “Nyanyi lagu Sepanyol” – Peminat Kongsi ‘Moment’ Bertemu Dengan Liam Payne Malam Sebelum Kematiannya
Umum mengetahui, Liam Payne meninggal dunia di Argentina bulan lalu selepas terjatuh dari balkoni sebuah hotel di situ.
Sebelum ini, Zayn Malik membuatkan ramai Directioners (peminat One Direction) bersedih selepas menjadi orang yang pertama meninggalkan kumpulan itu pada 2016 ketika konsert jelajah dunia mereka kerana terlalu stress, mereka kemudiannya berpecah secara rasmi pada 2016.
Selain ahli kumpulan itu, Cheryl Tweedy yang merupakan ibu kepada anak Liam Payne, Bear turut hadir ke pengebumian itu bersama teman wanita Liam, Kate Cassidy serta pencipta One Direction, Simon Cowell.
Sebagai info, bedah siasat mendedahkan kematian bintang berusia 31 tahun itu disebabkan oleh multiple traumas dan pendarahan dalaman serta luaran konsisten dengan cara pemuzik itu terjatuh dari balkoni bilik hotelnya di Argentina.
Sumber: Daily Mail