in

Selepas 50 Tahun Terbakar, Presiden Turkmenistan Mahu Tutup ‘Mulut Neraka’ Buat Selamanya

COVER 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov mengumumkan dia mahu menutup kawah api yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya.

Difahamkan, beliau telah mengarahkan para menteri untuk mencari pakar yang boleh memadamkan api dan menutup kawah gergasi yang terbakar itu.


1 6

3 2

Kawah berapi tersebut berkeluasan 70 meter lebar, dan telah terbakar selama 50 tahun semenjak dari 1971 lagi. Difahamkan juga, api dari kawah ini boleh dilihat meskipun dari jarak jauh.

Kawah berapi yang dikenali sebagai ‘Mulut Neraka’ ini turut diberi gelaran sebagai ‘Pagar Neraka’ oleh penduduk di situ. Ia terletak di gurun Karakum, 257 kilometer dari ibu kota Ashgabat.

2 8

Sebelum ini, mereka pernah cuba memadam api tersebut kerana risau akan kesihatan penduduk berdekatan dan nyawa haiwan ternakan. Namun, api tersebut masih lagi menyala sehingga ke hari ini.

Sumber: Daily Star

BACA: Jijik! Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Penuh Dengan Sampah Sarap 

S

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.