in

Selepas 4 Tahun, Poster Iklan Filem Mulan Di Stesen MRT Merdeka Akhirnya Diturunkan

Mrt Merdeka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering menaiki pengangkutan awam seperti MRT di sekitar Kuala Lumpur, sudah pasti anda perasan dengan poster iklan filem Mulan yang masih melekat pada dinding stesen MRT Merdeka walaupun filem itu telah ditayangkan empat lalu.


Ini bermakna iklan filem itu masih tidak diturunkan meskipun sudah beberapa tahun berlalu kerana baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X menerusi akaun X Aduan Rakyat telah meminta untuk pihak pengurusan RapidKL dan MRT Malaysia untuk segera menurunkan poster filem berkenaan kerana telah empat tahun berlalu.

Artikel Berkaitan: Papar Mesej Mohon Maaf Kerana Lewat, Tindakan Pemandu Bas RapidKL Buat Ramai ‘Cair’

Artikel Berkaitan: Admin Rapid KL Muat Naik Pesanan ‘Patah Hati’ Buat Netizen ‘Bersimpati’

Pihak RapidKL menerusi akaun X mereka kemudiannya telah memberi respon bahawa poster-poster filem yang telah lama itu akan ditanggalkan oleh pemilik aset secara berperingkat.

1 7

Poster-poster iklan filem Mulan itu akhirnya telah ditanggalkan dari dinding stesen MRT itu oleh pihak yang bertanggungjawab, seperti yang dikongsikan oleh pengguna X, xatyrosdi.

3 1

Selain itu, poster iklan filem Spiderman No Way Home yang masih melekat sejak 2021 di stesen MRT Bukit Bintang juga akhirnya telah diturunkan dari dinding iklan stesen MRT terbabit.

5

Sumber: X @xatyrosdi

Sumber: X @xatyrosdi
Sumber: X @xatyrosdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.