in

Selepas 35 Tahun Berkhidmat, Dr Noor Hisham Akan Bersara Pada Bulan Ini

dr noor hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan akan bersara bulan ini selepas berkhidmat dalam bidang perubatan selama 35 tahun.

Hero ketika wabak Covid-19 melanda itu bakal bersara pada 21 April ini, seiring dengan umurnya yang mencecah 60 tahun iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan.


“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” katanya.

Dalam laporan The Star, Dr Noor Hisham amat diingati kerana berjaya mengemudi negara keluar daripada krisis wabak yang melumpuhkan sebahagian besar dunia sejak 2020.

71588254611 TBNoorHishamAbdulla

Pun begitu, itu bukanlah satu-satunya kejayaan yang dikecapi oleh Dr Noor Hisham, beliau turut diberi penghormatan bagi menyampaikan syarahan berprestij Martin Allgower di Kongres Pembedahan Dunia di Krakow, Poland, pada 2019 di hadapan 2,000 pakar bedah seantero dunia.

Satu lagi perkara penting yang dikendalikannya ialah mencatatkan perjalanan panjang Malaysia ke arah mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghapuskan Hepatitis C menjelang 2030 dan menangani isu keterjangkauan akses dan ekuiti.

Terima kasih DG Noor Hisham! 

Baca: DG Hisham Bakal Siasat Dakwaan Wanita Tak Dilayan Kerana Berseluar Pendek Di Hospital Kampar

Seluar Pendek Hospital Kampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.