in

“Selepas 20 tahun!” – ‘Princess Diaries 3’ Akan Diarahkan Oleh Pengarah Malaysia, Adele Lim!

Syaz Ft 2024 10 07T171535.607

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat remaja zaman awal 2000-an, mesti tahu dengan filem romantik komedi remaja iaitu Princess Diaries yang dibintangi oleh nama-nama besar Hollywood seperti Anne Hathaway serta Julie Andrews.

Filem berkisarkan tentang Mia, remaja yang sangat pemalu dan baru mengetahui bahawa dia adalah puteri sebuah negeri kecil di Eropah iaitu Genovia.


Artikel berkaitan: Wakil Tunggal Malaysia, Filem ‘Abang Adik’ Bakal Ke Anugerah Oscar

Artikel berkaitan: Coldplay Dedah Piring Hitam Album Baru Mereka Diperbuat Daripada Sisa Plastik Malaysia & Indonesia

Filem itu setakat ini mempunyai dua francais dan yang terakhir pada 2004, selepas 20 tahun Anne Hathway yang memegang watak Mia itu menerusi laman Instagram miliknya mengumumkan francais ketiga filem itu kini sedang dalam pembikinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Hathaway (@annehathaway)

“Keajaiban berlaku. Kembali ke Genovia bersama Adele Lim, Disney dan Somewhere Pictures. Kisah dongeng diteruskan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Buat yang tidak tahu, Adele Lim merupakan pengarah serta penulis dari Malaysia yang menulis lakon layar filem pecah panggung Crazy Rich Asians.

Dalam satu temu bual bersama Variety, Adele berkata dia amat teruja dengan projek kali ini kerana dia merupakan peminat francais Princess Diaries yang juga adaptasi dari siri novel karya Meg Cabot.

Tak sabar!

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.