Setiap manusia pasti ada ujian dan dugaan dari Allah. Dan setiap apa yang berlaku itu akan beri kita kekuatan untuk menempuhi kehidupan yang mendatang. Bukan semua mampu redha dan sabar dengan ujian yang dihadapi.
Seperti saudara Halim Ali yang baru ada kekuatan untuk berkongsi kisahnya kehilangan anak 10 tahun yang lalu 🙁
“… aku tak mempunyai kekuatan untuk menulis sebelum ini”
“…tak tau sebab apa tapi aku sentiasa rasa gelisah..”
“..aku sentiasa berdebar tanpa aku ketahui sebabnya”
“Akif jatuh kolam!”
“..dia bagitahu anak aku dah takde”
“tak sampai hati nak bagitau anaknya dah takde”
“adik merangkak untuk memeluk jenazah abangnya”
“Baru aku tahu ini rupanya rasa SABAR”
Beliau sempat memberi sedikit nasihat buat ibu bapa di luar sana:
“Janganlah anak anak ini dipukul atau dimarah…anda bertuah mereka masih bersama anda”
Paling menyedihkan dan menyentuh hati dengan kata-kata akhir beliau ini:
“Abah minta maaf…..”
Sangat menyentuh hati dan emosi. Betul kata orang, bila seseorang itu sudah tiada baru kita betul-betul rasakan kehilangan mereka. Semoga beliau terus tabah dan redha dengan pemergian anak tersayang.
Al Fatihah
Aiman Akif bin Halim
8 Julai 2001 – 14 September 2006