in

Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Adam Corrie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adam Corrie dan isteri, Fazema Fuad mendirikan rumah tangga selepas hanya tiga kali bertemu. Jodoh berkekalan sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas Fazema disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsi oleh Adam sendiri di Facebook sebentar tadi dan rata-rata peminat turut menumpang gembira dan mendoakan isteri serta bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Berkahwin pada 21 November 2008, penantian dan doa pasangan ini selama hampir 10 tahun akhirnya dimakbulkan Allah SWT.


Adam 1
sumber: facebook

“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu… Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah…” 

Pengikut Adam di laman Facebook turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain berkongsi tips ibu hamil untuk isteri tercintanya itu. Malah, Adam sendiri juga melalui post itu sempat mendoakan pasangan-pasangan lain yang masih menanti zuriat.

 

Doa 1

Doa 2
sumber: facebook

Kisah pasangan ini pernah menarik perhatian ramai apabila Adam dan isteri berkongsi kisah melalui satu klip video mengenai apa yang dilalui mereka. Di dalam video itu, Adam Corrie akui telah menyampaikan hasratnya untuk berkahwin di hadapan makam Rasulullah SAW ketika mengerjakan umrah selepas lapan bulan memeluk agama Islam.

Dam 3
sumber: cari

Kami dari Lobak Merah turut mendoakan kesihatan dan keselamatan isteri serta bayi dalam kandungan Fazema sehingga saat melahirkan nanti. Doa yang baik-baik ye semua….

Baca: “Jangan sesuka hati tuduh orang mandul” – Achey Anggap Tiada Anak Sebagai Ujian Daripada Tuhan

Page Achey 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.