in

Selangor Tarik Tauliah Mengajar Beberapa Ustaz Selebriti Seperti Syamsul Debat Dan Dusuki?

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa nama penceramah terkenal dilaporkan tidak lagi dibenarkan untuk memberi kuliah agama di negeri Selangor selepas tauliah mengajar mereka ditarik semula oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Menurut laporan sumber, mereka yang terjejas dengan penarikan tauliah ini ialah bekas calon PAS untuk DUN Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Amri atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

20Debats

Ustaz Dusuki 01

Difahamkan, sebelum ini tular satu dokumen bertarikh 17 Mac 2022 yang memaparkan nama penceramah yang ditarik semula tauliah untuk mengajar oleh MAIS.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, yang namanya turut tersenarai telah mengesahkan kesahihan dokumen tersebut kepada sumber.

Jelas Fakhrulrazi, dia sedar akan situasi ini selepas diberitahu oleh exco agama Islam Selangor dalam kumpulan WhatsApp, selain MAIS juga tidak menafikan tentang perkara ini.

Ahmad Dusuki, yang difahamkan telah gagal dihubungi oleh sumber ada memuat naik satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini berkenaan isu yang tular itu.

https://www.facebook.com/UstazAhmadDusuki/posts/527429605414191

Sehingga kini, masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Syamsul Debat dan Nazmi.

 

Sumber: Malaysiakini

BACAUstaz Respons Isu Influencer Buat Content ‘Siapa Cipta Allah’

Capture 4

Sumber: MYKMU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.